Thursday 19 December 2013

SALAH FAHAM pada Si KAYA (bukan sri kaya)

Daripada perhatian saya, ramai diantara kita yang beranggapan negatif terhadap ORANG KAYA, ramai yang salah faham terhadap mereka dan apa yang saya perhati pada mereka pula adalah berlaku sebaliknya


1. Orang kaya kejar harta, kejar duniawi semata-mata, lupa akhirat???
emmm ye ke? saya rasa orang kaya la lebih dekat diri dengan Allah SWT sebab ape?

  • Pertama, mereka tidak kejar harta semata-mata kerna percaya rezeki itu datangnya dari Allah hasil dari usaha mereka, ramai yang saya lihat mereka lebih positif, konsisten dalam soal ibadah mereka. Bila percaya rezeki itu dari ilahi agak-agak mereka berani tak untuk tinggal segala suruhannya dan berani tak mereka untuk langgar segala larangannya, Berani? silap-silap habis semua kekayaan mereka ditarik semula, atau berbagai bagai dugaan cabaran mereka harus berhadapan.
  • Pernah saya bersembang dengan seorang ustaz di kampung saya, katanya mereka yang berusaha sendiri, mereka yang kaya akan lebih dekat dengan yang maha kuasa, mereka selalu berdoa submit hajat mereka minta pertolongan dan sebagainya, terutama mereka yang berniaga 'benda hidup' menternak dann bertani andai kata mereka jauh dari ilahi hanya kejarkan duniawi semata-mata, ustaz cakap automatik segala usaha mereka 'tidak menjadi' malah sia-sia.
  • Orang yang kaya bukan hanya kaya harta semata-mata, mereka kaya dengan ilmu kaya denga amal untuk terus berjaya untuk terus membantu golongan yang susah, mereka punyai saham akhirat dengan bantuan dan derma. Jika diperhati semula golongan kaya inilah yang banyak memberi sumbangan derma untuk mendirikan masjid, sekolah agama dan program-program ilmiah kemasyarakatan.
  • Memang tidak dinafikan, ada juga diantara mereka lalai lupa agama tapi saya fikir hanya jumlah yang kecil, eh mereka lupa agama tapi boleh berjaya? boleh kaya juga? :-) ini adalah 'istidraj' namanya iaitu nikmat yang Allah beri bagi melalalikan lagi mereka, biarlah mereka, kita ambil golongan kaya sebaliknya untuk jadikan contoh tauladan, dan pesan saya jangan terpengaruh dengan drama tv di Malaysia, watak jahat selalu orang kaya, anak orang kaya tapi hakikat sebaliknya.

2.Orang kaya tiada masa untuk bersama keluarga???
ramai yang menganggap orang kaya ini terlalu sibuk, tiada masa bersama keluarga semua, bagi saya tidak, kerna apa??

  • Rata-rata kita lihat orang kaya berlatar belakangkan 'bisnes'. Bila sebut sahaja berniaga ramai yang beranggapan bisnesman ini sibuk kesini kesana, no no no..itu hanya drama di kaca tv, tengok anda terpengaruh lagi. Sebenarnya mereka yang berniaga lagi mempunyai 'kebebasan masa' mereka punya bisnes mereka punya sukalah pergi kerja pukul berapa balik pukul berapa, cuma untuk disisplin itu sahaja mereka tetapkan sekian sekian masa.
  • Saya bagi contoh, sepasang suami isteri yang bekerjasama, sama sama build bisnes mereka. si isteri bahagian marekting, acccounting, admin, si suami pula production rasa-rasa boleh kata 24jam mereka bersama, tiada masa lagi kah? kena pula bisnes mereka hanya dirumah, bila punyai anak bila-bila masa sahaja anak mereka dihadapan mata :-) betul? tidak punyai masakah? terabaikah keluarga mereka?
  • Mereka yang kaya juga, bila-bila masa sahaja mereka boleh rancang percutiaan mereka bersama keluarga, kemana mereka mahu pergi mereka rancang dan pergi.


Ayuh bangsaku ayuh generasi ku buka mata buka minda mari kita sama sama kaya, kaya harta kaya ilmu kaya iman kaya amal untuk tingkatkan nilai hidup diri kita keluarga kita bangsa kita yang penting untuk Agama kita. Ubah persepsi negatif untuk menjadi kaya. jangan terlalu mudah terpengaruh melalui drama, nilailah ikutlah jejak mereka yang telah kaya dan berjaya secara nyata di hadapan mata. Jika kita tidak ubah nasib kita, SIAPA??? Doakan sama-sama kita KAYA dan BERJAYA dunia dan akhirat InsyaAllah


Gambar sekadar hiasan semata-mata


::mr.mushroom::
(Saya belum kaya)
https://www.facebook.com/CendawanGorengBechois

No comments:

Post a Comment