Friday 29 November 2013

SPEAKER ??



Sepetang bersama student Program Economics, Finance, Banking, Insurans & Agribussines -SEFB Day 2013-

"Bagaimana untuk ~survive~ selepas graduate dengan menggunakan sebuah titi [ T.I.T.I ] bagi mengelak jatuh dalam lurah pengangguran..deng
an cara?? buat apa yang kita suka ...." antara topik yang saya kongsi bersama mereka

Terima kasih Dekan dan pensyarah di atas jemputan dan kepercayaan untuk saya manfaatkan 'slot bersama alumni' dalam tempoh hampir 2 jam bersama mereka.

Alhamdulillah rekod baru tercipta, menghabiskan tempoh berkenaan tanpa sebarang alat bantuan (slide dan sebagainya) menjadi speaker secara solo di dalam dewan yang agak besar bagi saya fuhhh 

(Gambar : Souvenir from SEFB, UUM Sintok, Kedah)
:: Mr.Mushroom ::



Bechois Agrotrade

https://www.facebook.com/CendawanGorengBechois



Saturday 23 November 2013

OPS Banjir berakhir



Alhamdulillah hampir seminggu juga Ops banjir 'cucicuci service habis' #port#cendawan #bechois harini bertemu hari pengakhiran siap selesai asingkan beg ke ruang untuk dikuarantinkan.

Harapan supaya beg masih punyai keupayaan untuk penghasilan cendawan 'all out' sebelum tirai 2013 dilabuhkan -close account-

[gambar sekadar hiasan  ini IMPIAN harap menjadi kenyataan mohon sahabat doa-doakan supaya Bechois Agrotrade dapat membantu lebih ramai untuk dapatkan sejenis sayuran iaitu cendawan yang bebas dari sebarang RACUN/CHEMICAL dan SEANGKATAN disamping mampu meningkatkan sistem imunisasi/vaksinasi badan]

Gambar : Ladang Cendawan salah seorang sifu saya di Cameron Highland

:: Mr.Mushroom ::
like sepam

2 LOKASI PANAS DITERJAH!!

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatu :-)

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, minggu ini dizinkanNYA lagi menyedut AURA POSITIF Agroprenuer yang telah berjaya didalam 'Agro World' ini disamping mempelajari skill teknik sistem dan pelbagai lagi Ilmu pertanian ini dalam sesi KELAS TAMBAHAN di hujung minggu..

2 LOKASI PANAS telah kami terjah!!

=====================================================================

Lokasi pertama di Simpang Pergam Bagan Datoh ladang milik abang #awie melon TERAS MAJU RESOURCES


   



Gambar bersama Abnag awie dan Kak Mas


Sesi Pencerahan 'Drip Tape Iirrigation System' yang digunapakai di TERAS MAJU Resources



Next plot : penggunaan netting bagi tanaman sayur junjung (peria/timun)


Slot terakhir brainstorm + knowledge sharing + SOP exchange
teruja mendengar penerangan yang dikongsi oleh Kak Mas :-)
sambil 'mengeteh' lagi



Bukan sekadar 'buah fikiran' dibawa pulang ke Sungai Siput Kami juga diberi 'buah tangan' Pelam dan Markisa, Alhamdulillah syukur, jutaan terima kasih tidak terhingga kepada abang Awie dan Kak Mas di atas penerimaan kunjungan kami dan yang paling penting ILMU yang telah dikongsi, Semoga pintu rezeki Abang Awie dan Kak Mas  dibuka luas seluas luasnya lagi, dan kami doakan semoga lebih terus berjaya di dunia dan akhirat Jazakallah Khairan Khatira.

=================================================================

Next destination LOKASI PANAS seterusnya di Tanjung Karang

Disini sekali lagi melihat sepasang suami isteri bersama sama membanting tulang dan tenaga di dalam dunia pertanian ini, mereka adalah Abang Sam dan kak Wahidah yang mengaplikasikan tanaman sayuran secara 'Natural Farming' dengan penggunaan Produk SRI (System Rice Infectations)


study group with Abang Sam


Sesi bersama Kak Wahidah



IMO


Ladang terung



Ladang timun



Produk SRI untuk ikut bersama ke Sungai Siput bersama buah tangan dari Abang Sam iaitu anak pokok Labu Kayu


Alhamdulillah syukur banyak perkara baru dapat dipelajari disini, terima kasih

 Abang Norhisam dan Kak Nurwahidah yang tidak lokek berkongsi ilmu 

terutama berkaitan Produk SRI. Semoga Allah membuka lebih luas seluas luas

 nya pintu rezeki pasangan suami isteri ini dan moga Abang Syam dan Kak

 Wahida terus berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah 


:: Mr.Mushroom ::





Monday 11 November 2013

Gelombang ke-2 BANJIR di Port Cendawan BecHois




GELOMBANG KEDUA (banjir di #port #cendawan #BecHois)


Lagi air sungai naik, ini kali kedua, kali ini agak 'rare', 3 tong steamer hanyut 2 berjaya dikesan 1 masih dalam pencarian. rileks brother brother releks :-)




Memang supers duper suprise! haha target siapkan beg media hari ini tersasar, sampai-sampai di port, tong tidak berada di tempat sepatutnya, balance habuk kayu hanyut entah kemana.#$%^&


lets start!


(gambar kali ni 'Thumb up' ke bawah, sebarang derma dan bantuan boleh pm haha gurau ~_^)



Tinggal tungku


Hanyut belaka


Paras Lutut 


Plan bagging automatik tukar cleaning, kasi clear yang penting 'MENTAL JANGAN CALAR' pesan ustaz sekolah agama, walau hebat mana kita dilanda musibah dan bencana atau malapetaka, SABAR dengan ujian dan ketentuanNYA (tarik nafas dalam-dalam start kerja)


Lagi pesan sifu saya pula, jangan terlalu fokus pada perkara NEGATIF, tak perlu mengeluh, merungut stress bagai tak dapat apa2 malah buang masa! lebih baik Istighfar fikir bagaimana untuk solve dan selesaikannya (solve/selesai sama cuma nak juga irama hujung tu, haha)



:: Mr.Mushroom ::



Saturday 9 November 2013

Projek Cendawan BAGAIMANA NAK MULA?? -part 3-

Ok part 3 saya selitkan bagaimana saya survive mula-mula untuk dapatkan habuk kayu, Oops sebelum saya story sikit pasal habuk kayu, Habuk kayu adalah medium utama dalam penghasilan cendawan, mengikut 
 nisbah 100 : 10 :1, 1oo itu adalah habuk kayu, seiring dengan itu habuk kayu juga merupakan kos paling tinggi untuk mendapatkannya walaupun ia adalah bahan buangan.






Persoalannya, modal saya ciput sangat, tak mampu untuk order satu lori so BAGAIMANA?? (nak tunggu modal, lambat sikit la nak gerak kan :-) Ini kisah dia...

Hampir 4 bulan juga boleh kata seminggu sekali saya ulang alik kilang kayu getah untuk dapatkan stok kayu, sampai 'Abang Gela' kat kilang tu pun dah kenal saya haha tetapi NAK punya pasal MIINAT punya pasal saya REDAH



Tu nampak guni habuk kayu tu? fokus..kerja sape la tu


Antara kilang yang menjadi sasaran



Si Kancil menjadi mangsa


Lebih kurang 4-5 bulan pertama masuk bulan ke-enam baru dapat modal sikit order by lorry

Agak mencabar jugak lori 10Tan ni nak masuk jalan kampung


Dapatlah saya segunung harapan

In conclusion, nak start projek jangan tunggu itu tunggu ini, agak berjanggut kalau main dengan tunggu-tunggu ni, APA YANG KITA ADA KITA MULA, kita BERTINDAK dalam masa yang sama cari ILMU cari SIFU jangan pula bertindak MELULU! Usaha tawakal berdoa InsyaAllah ada jalan ada cara :-)

:: Mr.Mushroom ::

Wednesday 6 November 2013

Projek Cendawan BAGAIMANA NAK MULA?? -part 2-


Dah selesai melawat ladang, daftar company, modified bangsal/rak, hadiri kursus, next step adalah



5. Membeli beg media cendawan 

Saya mendapatkan 300 beg media separuh matang daripada juga sifu saya En.Arif dari Tunas Alam Agrotech dengan harga pada ketika itu adalah RM1.50/beg separa matang.



Dengan menggunakan 4 x 4 Wira Aeroback 300beg muat dan selamat dibawa dari Bota - Sungai Siput Alhamdulillah selamat sampai :-)


Bahagian dalam 'Hilux'

Terus susun sebaik sampai (netting pun tak siap pasang lagi) excited!! kut hehe


6. Try buat beg media sendiri

Cuba buat beg media sendiri, time ni manual book penanaman cendawan menjadi peneman :-) terutama part suntik benih. Sementara tunggu beg media yang dibeli siap keluarkan hasil, rasa membazir masa pulak dengan 'menunggu' tu Alhamdulillah dengan kekuatan kuasa tindakan yang dikurniakan saya langkah satu level lagi, dengan produce sendiri beg media



tengok tu jenuh bersukat nak dapatkan ratio bancuhan 100:10:1 sekarang Alhamdulillah ADA CARA dia nanti saya share ^_~




TENGOK!! koboi je haha nak larutkan dengan air pun takut2 lagi, risau silap, rupanya ADA CARA! nak tahu?? nanti saya share dalam next post saya



Ok untuk part 2 ni saya stop dekat sini dulu, mungkin nak tahu dekat mana saya ambill  raw material ni semua? rasa2 modal 3k yang saya bagitahu semalam dah habis belum...?? Belum Habis lagi sebab, habuk kayu masa ni saya dapat PERCUMA, hahhh ? biar betul?? yup percuma, macam mana boleh dapat percuma?? ok nanti kongsikan BAGAIMANA :-) mula dan guna apa yang kita ada je der hehe Ok stay tune :-)



Tuesday 5 November 2013

Projek Cendawan BAGAIMANA NAK MULA??? -part 1-

Bismillahirrohmanirrohim, Alhamdulillah sejak kebelakangan ini ramai yang telah jatuh hati berminat dengan projek ni, dan saya mendapat banyak feedback dan soalan melalui sms/call/whatsapp/fb bertanya BAGAIMANA NAK MULA? BAGAIMANA SAYA MULA?
jawapan mudah saya MULA DENGAN APA YANG KITA ADA :-) bagaimana??




Disini saya kongsikan  bagaimana saya set up Projek Cendawan ini. Berbekalkan baki PTPTN semasa di Universiti dahulu (bukan dalam bentuk cash) dalam bentuk dinar emas, dulu time study saya tak guna habis, duit PT tu, ada sikit saya tukar emas selamat sikit kurang nafsu berbelanja hehe, (adik2 yang tengah study) control nafsu berbelanja tu, mana tahu ada rezeki lepas study nak run projek/bisnes adala sikit backup :-) simpan buat dana kawen pun no hal, terpulang janji TAK BOROS (oPss kaunseling la pulak) ok!

Ngam! masa nak run projek harga emas naik :-) Alhamdulillah tak banyak, dalam 3K je dapat selepas overlap



Dengan 3K ni :

1. Melawat / sedut ilmu di serata ladang cendawan yang telah lama beroperasi (Berguru) mencari MENTOR untuk 'guide'


Ladang cendawan di Cameroon Highland

Tunas Alam Agrotech (Bota, Perak)


2. Daftar syarikat di SSM

target nak tarikh cantik 12.12.12 tapi hari tu ada hal terpaksa keesokan harinya 13.12.12 Cputens agro Farm sah didaftarkan (untungnya tahun ni, 5tahun baru renew bukan setahun sekali, jimat? economics? hehehe )

SSM di Grentown Ipoh



Cputens Agro Farm nama company mula-mula daftar kini menjadi anak syarikat bagi Bechois Agrotrade Sdn Bhd. Kenapa Cputens? Cputens itu ape? nanti saya share :-)


3.Modified bangsal cendawan/rak 

Asalnya adalah rumah tinggal milik abang saya, 

(guna apa yang kita ada)

rak sendiri bikin sendiri tukang

Kayu 2nd jadi pilihan, Modal tak cekang der :-) (guna apa yang kita ada)

4.Hadiri Kursus Intensif

yang ni saya skip, sepatutnya kursus dahulu baru set up bangsal semua, tetapi memandanglkan kursus ni tertunda berikutan beberapa masalah  jadi saya BERTINDAK jugalah, nak tunggu memang tak start lagi la projek der:-) betul ke betul? Alhamdulillah berkat Ilmu 'google' dan visit projek pengusaha lain, saya move move move (guna apa yang kita ada)


Tambah ilmu disini Anjuran Ariella Enterprise, banyak juga serap ilmu baru, Terima Kasih Sifu Azhari!
semoga allah membuka luas lagi pintu rezekimu seluas luas nya amenn :-)


emm rasa-rasa dah habis belum 3k yang saya ada tu? ini baru 4 step (saya mulakan dengan apa yang saya ada) InsyaAllah Next post saya continue siap sekali dengan bajet saya dan step2 seterusnya yang saya dah lalu :-)
dimana saya ambil material cendawan,beli beg siap, bagaimana saya start proses cendawan, bagaimana jadual harian saya dan sebagainya, InsyaAllah saya akan kongsikan lagi, 'Sharing Is Caring' kata Mat Salleh :-)

:: Mr.Mushroom ::







Amukan TIRAM PUTIH di Port Cendawan BecHois!



Hari ini, 5 Nov bersamaan 1 Muharram 1435H, Salam Maal Hijrah kepada semua :-)


Hari ini juga Cik Putih tunjuk belang di dalam rumah cendawan  




Cendawan Tiram Putih  'pleurotus florida'




White Oyster Mushroom




150gram setiap cendawan yang keluar dari beg media

ALHAMDULILLAH, SYUKUR ya ALLAH.....:-)


Saturday 2 November 2013

BecHois Fresh Mushroom KING SIZE!


Hari ini, 2 Nov sebelum tu,  Happy Deepavali buat rakan indians, moga terus success dalam apa jua yang diceburi.

 
Hari  ini Half day di Port Cendawan BecHois, sepatut cuti :-) 
(cuti la sangat) hehe memandangkan ada permintaan untuk cendawan segar, jadi seperti biasa selepas subuh vroOm vroOm terus ke Port, harvest cendawan untuk diagihkan.


DIA MUNCUL LAGI!!! kali ni boleh la 110gram, lebih kurang 2 kali besar tapak tangan, haa?? ye ini dia




BecHois Fresh Mushroom KING SIZE
(no edit)
Benih ni bukan spesis tiram kelabu atau tiram putih, boleh tengok pada warna dia , dia tak kelabu dan tak putih, tengah-tengah nampak ke nampak? Benih ni khas untuk frozen dimana kurang serapan H2O (bila goreng dia tak melekat) dan dia tidak terlalu ringan seperti tiram putih.

:: Mr.Mushroom ::