Friday 27 December 2013

'Positif Aura' FULLY CHARGED! today :-)

'Positif Aura' FULLY CHARGED! today :-)

Alhamdulillah Syukur Ya Allah di hari penuh barakoh diberi masa ruang peluang untuk bersama menyedut ilmu dan aura positif dari seorang sahabat yang kini telah bergelar 'Young Millionares'

Tipu kalau cakap tak kenal Tn Hj Abdul Basit beliau orangnya ;-)
Hj? ya haji, seusia muda sudah berkahwin, 7 syarikat telah dimiliki, income? bertingket-tingket der, sale ratusan ribu wahhhh sebulan!

Antara "Barang-barang/perkakas/haiwan.." yang saya dapat dari perkongsian beliau adalah :

| BOLA | GAJAH & PETI AIS | PAIP & EMPANGAN | TEORI EGO | CAWAN |

1.BOLA

} Berkait rapat dengan 'Kuasa Bertindak' bagaimana kita lihat lantunan bola tersebut begitulah juga result dari tindakan kita,
Makin kuat kita lantunkan, makin tinggi lantunan bola tersebut, Makin segera kita bertindak semakin cepat keputusan  kita dapat, Makin besar kuasa tindakan kita maka makin banyaklah hasil yang kita peroleh.

2.GAJAH & PETI AIS

} Mempunyai kaitan dengan 'Strategi' bagaimana kita nak masukkan seekor gajah ke dalam peti ais? (wakenabeb soalan ni) haha pandai-pandailah atur strategi ;-)


3.PAIP & EMPANGAN



}Nak bisnes ELAKKAN dari terus bina empangan & make sure mulakan dengan pemasangan paip atau saliran. bukan apa, terus start up kilang dengan empangan takut-takut air dalam empangan berkelodak empangan bocor air melimpah, jadi pastikan empangan yang akan dibina sudah 'stanby' alirannya.

apa itu empangan? apa itu paip? empangan merujuk kepada kilang atau kedai yang dibina manakala 'paip' pula adalah chanel, saluran iaitu marketing target.Baru la SELAMAT betul betul?

4.TEORI EGO

}Semakin TINGGI ego semakin RENDAH ilmu/pengetahuan
Semakin RENDAH ego semakin TINGGILAH ilmu/pengetahuan

5.CAWAN

}Tips hadir menuntut ilmu hadirlah seolah sebuah gelas/cawan/mug yang kosong bila mana diisi air ia akan tetap terus menerima, berbanding gelas yang sudah penuh dengan air, apabila diisi  lagi pastinya air tersebut akan melimpah. Walau sehebat mana anda walau sepandai mana anda, untuk menuntut ilmu, anggaplah diri anda ZERO ia akan memudahkan proses pembelajaran anda.


Terima Kasih Tuan diatas perkongsian Ilmu bermanfaat ini, semoga Allah membuka seluas luasnya lagi pintu rezeki Tuan dan memakbulkan segala impian Tuan seterusnya akan lebih terus kaya dan berjaya InsyaAllah Ameen Jazakallah  Khairan Khatira :-)

Gambar : Saya, Tn Hj Abdul Basit, Khairul Faeiz (selaku penaja utama)

::mr.mushroom::



No comments:

Post a Comment