Friday 20 December 2013

Lagi KES CURI dikesan


Semalam, berjaya lagi MENCURI masa untuk melawat farm seorang anak muda seusia 20tahun yang telah memiliki sendiri projek mega. Walau hanya dalam tempoh kurang 3 bulan, beliau telah berjaya memenuhkan sebuah rumah cendawan yang luasnya berukuran '20 x 40' dengan beg media cendawan. Tindakan pantas pemuda berkenaan menarik minat saya untuk datang melawat ke ladangnya setrusnya membongkar segala 1001 tanda tanya.

Perjalanan kesana bermula sesudah selesai solat jumaat dan dalam tempoh hampir dua jam kami tiba. sesi melawat dan rondaan di kawasan ladang bermula. berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa kejadian di ladang tersebut.

Rumah cendawan dari posisi atas


Bilik pemeraman dalam pembikinan

Beg media dalam rumah cendawan


Baju putih 'owner'



Packing stok untuk dibawa balik ke Sg.Siput


Syabas anak muda! semoga anda terus maju dan berjaya InsyaAllah
::Mr.Mushroom::

No comments:

Post a Comment