Tuesday 5 November 2013

Projek Cendawan BAGAIMANA NAK MULA??? -part 1-

Bismillahirrohmanirrohim, Alhamdulillah sejak kebelakangan ini ramai yang telah jatuh hati berminat dengan projek ni, dan saya mendapat banyak feedback dan soalan melalui sms/call/whatsapp/fb bertanya BAGAIMANA NAK MULA? BAGAIMANA SAYA MULA?
jawapan mudah saya MULA DENGAN APA YANG KITA ADA :-) bagaimana??




Disini saya kongsikan  bagaimana saya set up Projek Cendawan ini. Berbekalkan baki PTPTN semasa di Universiti dahulu (bukan dalam bentuk cash) dalam bentuk dinar emas, dulu time study saya tak guna habis, duit PT tu, ada sikit saya tukar emas selamat sikit kurang nafsu berbelanja hehe, (adik2 yang tengah study) control nafsu berbelanja tu, mana tahu ada rezeki lepas study nak run projek/bisnes adala sikit backup :-) simpan buat dana kawen pun no hal, terpulang janji TAK BOROS (oPss kaunseling la pulak) ok!

Ngam! masa nak run projek harga emas naik :-) Alhamdulillah tak banyak, dalam 3K je dapat selepas overlap



Dengan 3K ni :

1. Melawat / sedut ilmu di serata ladang cendawan yang telah lama beroperasi (Berguru) mencari MENTOR untuk 'guide'


Ladang cendawan di Cameroon Highland

Tunas Alam Agrotech (Bota, Perak)


2. Daftar syarikat di SSM

target nak tarikh cantik 12.12.12 tapi hari tu ada hal terpaksa keesokan harinya 13.12.12 Cputens agro Farm sah didaftarkan (untungnya tahun ni, 5tahun baru renew bukan setahun sekali, jimat? economics? hehehe )

SSM di Grentown Ipoh



Cputens Agro Farm nama company mula-mula daftar kini menjadi anak syarikat bagi Bechois Agrotrade Sdn Bhd. Kenapa Cputens? Cputens itu ape? nanti saya share :-)


3.Modified bangsal cendawan/rak 

Asalnya adalah rumah tinggal milik abang saya, 

(guna apa yang kita ada)

rak sendiri bikin sendiri tukang

Kayu 2nd jadi pilihan, Modal tak cekang der :-) (guna apa yang kita ada)

4.Hadiri Kursus Intensif

yang ni saya skip, sepatutnya kursus dahulu baru set up bangsal semua, tetapi memandanglkan kursus ni tertunda berikutan beberapa masalah  jadi saya BERTINDAK jugalah, nak tunggu memang tak start lagi la projek der:-) betul ke betul? Alhamdulillah berkat Ilmu 'google' dan visit projek pengusaha lain, saya move move move (guna apa yang kita ada)


Tambah ilmu disini Anjuran Ariella Enterprise, banyak juga serap ilmu baru, Terima Kasih Sifu Azhari!
semoga allah membuka luas lagi pintu rezekimu seluas luas nya amenn :-)


emm rasa-rasa dah habis belum 3k yang saya ada tu? ini baru 4 step (saya mulakan dengan apa yang saya ada) InsyaAllah Next post saya continue siap sekali dengan bajet saya dan step2 seterusnya yang saya dah lalu :-)
dimana saya ambil material cendawan,beli beg siap, bagaimana saya start proses cendawan, bagaimana jadual harian saya dan sebagainya, InsyaAllah saya akan kongsikan lagi, 'Sharing Is Caring' kata Mat Salleh :-)

:: Mr.Mushroom ::







No comments:

Post a Comment