Monday 21 January 2013

Skim Belia Tani [SBT]

Skim Tabung Ekonomi Belia ( STEB )

1. Tujuan Skim

1.1 Skim ini bertujuan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada golongan belia yang menjalankan usaha niaga/tani dalam pelbagai bidang. Kemudahan pembiayaan ini disediakan bagi memulakan dan menggembangkan perniagaan.

2. Nama Skim

Skim Tabung Ekonomi Belia ( STEB )

Dibahagikan kepada 2 :-

• Skim Belia Niaga (SBN)
• Skim Belia Tani (SBT)


3. Agensi Pelaksana

Institusi Kewangan yang dilantik :

• Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) - Skim Belia Niaga (SBN)
• Agro Bank - Skim Belia Tani (SBT)


4. Syarat Dan Kelayakan Pinjaman

i) Warganegara yang menetap di Malaysia berumur antara 18 - 40 tahun. (Minimum umur pemohon adalah 18 tahun dan sebelum mencapai umur 41)
ii) Tujuan permohonan adalah untuk memula dan mengembangkan perniagaan.
iii) Permohonan terbuka kepada pinjaman jenis milikan tunggal dan perkongsian sahaja.
iv) Permohonan pinjaman adalah secara individu dan menjalankan perniagaannya secara sepenuh masa atau separuh masa
v) Mempunyai premis/tapak projek yang sah atau boleh beroperasi di rumah dengan syarat mempunyai kelulusan dari pihak yang berkaitan ( jika berkenaan ).
vi) Seorang sahaja antara suami atau isteri yang layak pada bila-bila masa untuk memohon pinjaman.
vii) Setiap peminjam mestilah bebas dan bersih dari tindakan undang-undang.
viii) Lulusan IKTBN/IKBN diberi keutamaan bagi memohon pinjaman untuk memulakan perniagaan.
ix) Hanya satu pinjaman SBN/SBT sahaja dibenarkan pada satu-satu masa.
x) Syarat khas : Suami/isteri/anak kepada kakitangan Kementerian Belia dan Sukan layak memohon pinjaman dengan syarat pihak yang berkaitan mengisytiharkan kepentingan tersebut.


5. Syarat-Syarat Penjamin

5.1 RM 5000.00 - RM 15,000.00 : TIADA PENJAMIN

i) Peminjam menjadi penjamin kepada pinjaman tersebut. Peminjam akan dikenakan tindakan undang-undang jika ingkar untuk membayar balik pinjaman.
ii) Peminjam tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.

5.2 Pinjaman RM 15,001.00 - RM 50,000.00 satu ( 1 ) orang penjamin

i) Penjamin digalakkan daripada kalangan ahli keluarga.
ii) Penjamin mempunyai pendapatan tetap kasar ( termasuk elaun-elaun tetap) tidak kurang dari RM 800.00 sebulan.
iii) Penjamin adalah adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan atau swasta.
iv) Penjamin yang bekerja disyarikat yang sama dengan pemohon tidak layak menjadi penjamin.
v) Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.

5.3 Syarat khas :

i) Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjadi penjamin.


5.4 Had menjamin :

i) Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih dari satu ( 1 ) orang peminjam pada satu-satu masa.

6. Had Pinjaman

i) Jumlah pinjaman yang dibenarkan bagi Skim Belia Niaga (SBN) dan Skim Belia Tani (SBT) yang disediakan adalah dari RM 5,000.00 hingga RM 50,000.00


7. Kadar Bayaran Perkhidmatan

i) Kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan ialah 4% setahun dikira di atas baki bulanan

8. Kos Guaman Dan Insurans

i) Kos tersebut ditanggung oleh peminjam dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh bank Negara


9. Tempoh Kutipan Bayaran Balik Pinjaman

i) Mengikut ketetapan oleh institusi kewangan yang dilantik berdasarkan jenis projek yang dilaksanakan ( 3 – 6 bulan )


10. Tempoh Bayaran Balik

i) Maksimum sehingga 7 tahun


11. Permohonan untuk Mendapat Pinjaman

i) Permohonan untuk mendapatkan pinjaman mestilah menggunakan borang permohonan pinjaman khas institusi kewangan yang dilantik oleh Kementerian Belia dan Sukan. Borang tersebut boleh didapati daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri

ii) Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan lima ( 5 ) salinan kertas kerja dan dimajukan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) untuk semakan dan pengesahan sebelum dimajukan kepada institusi kewangan yang dilantik.


12. Skop Projek Bagi Skim Belia Niaga (SBN)

Skop pinjaman untuk Skim Belia Niaga (SBN) menerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia adalah merangkumi bidang perkhidmatan (kedai gunting rambut, salun kecantikan dan spa, mencuci kenderaan, solekan/andaman, bengkel kenderaan motor/motosikal, fotografi/video, kimpalan, membaiki radio/tv/telefon bimbit/alat elektronik, pusat tuisyen, kedai runcit/pasar mini, kedai makan/restoran, pengiklanan dan percetakan, perkhidmatan profesional, klinik, farmasi, optik, pelancongan, kedai elektrik, kedai perabot, kedai tayar dan kedai alat ganti dll.), pembuatan (kraf tangan, pakaian, anyaman dan produk warisan seperti labu sayung, tembaga, batik dll.), perniagaan ICT (kedai internet/pusat latihan, one-stop-centre seperti fotokopi/alat tulis/ pembayaran bil), kios/gerai/ pasar malam/penjaja (burger/yong tau fu/jagung/ais krim dll.) serta van/lori/motor bergerak, stokis, francais, modal kerja untuk kontraktor, perniagaan berkonsepkan jualan langsung dan lain-lain perniagaan berlandaskan syariah.

Tidak termasuk pembiayaan untuk membeli premis perniagaan.

* Permohonan di dalam Skop Skim Belia Niaga juga boleh dipohon dengan Agro Bank


13. Skop Projek Bagi Skim BeliaTani (SBT)

Skop pinjaman untuk Skim Belia Tani (SBT) menerusi Agro Bank adalah merangkumi bidang pengeluaran tanaman jangka pendek (sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan dan herba ), ternakan haiwan (lembu pedaging, lembu tenusu, kambing pedaging, kambing tenusu, bebiri dan ternakan puyuh), perikanan (ternakan ikan air tawar dan ternakan udang dalam kolam atau sangkar), ternakan lebah madu , industri asas tani (kek, pastri, roti, biskut, makanan sejuk beku, makanan berproses seperti jeruk, sos, kicap dll., makanan tradisional seperti baulu, kerepek dll. dan makanan ringan/snek) dan perkhidmatan tani (bengkel jentera pertanian, kedai racun kawalan musuh dan perosak/baja/alat pertanian, perkhidmatan profesional, sewaan jentera pertanian, nurseri bunga-bungaan/buah-buahan/lanskap, modal kerja untuk kontrak tani dan perniagaan berkonsepkan jualan langsung dan lain – lain perniagaan yang berlandaskan syariah).

Tidak termasuk pembiayaan untuk tanaman kekal seperti getah, kelapa sawit, kelapa, buah-buahan (durian, rambutan, cempedak dll.), kos untuk membeli tanah dan premis perniagaan.

* Permohonan di dalam Skop Skim Belia Niaga juga boleh dipohon dengan Agro Bank

No comments:

Post a Comment