Wednesday 9 January 2013

MENINGKATKAN IMEJ DAN PERSEMBAHAN PRODUK



Pengenalan
 
Imej dan persembahan produk yang baik adalah penting dalam pemasaran, selain daripada faktor harga, promosi dan lokasi. Sehingga kini, kebanyakan usahawan PKS belum mampu untuk menyediakan pembungkusan dan pelabelan yang sesuai dengan kehendak perundangan dan pasaran.

Sehubungan itu, FAMA menyediakan perkhidmatan peningkatan imej dan persembahan produk bagi membolehkan produk PKS memenuhi kehendak pasaran tempatan dan global.
 
Tujuan
  • Meningkatkan imej produk dari segi rekabentuk pembungkusan dan pelabelan yang bersesuaian dengan kehendak pasaran
  • Meningkatkan jualan melalui penyediaan bahan-bahan promosi yang bersesuaian.
  • Kepatuhan kepada Akta Makanan dan Peraturan Pelabelan.
Syarat-syarat mendapatkan perkhidmatan
  • Semua usahawan PKS Asas Tani adalah layak untuk memohon. Keutamaan akan diberi kepada usahawan yang mempunyai produk yang berpotensi tetapi belum mampu untuk menyediakan pembungkusan yang bersesuaian untuk memasuki pasaran yang lebih besar.
  • Berdaftar dengan FAMA
  • Mempunyai syarikat sekurang-kurangnya enterprise.
  • Setiap usahawan hanya boleh diberikan perkhidmatan bagi satu produk yang dikeluarkan sahaja.
  • Keutamaan diberikan kepada usahawan PKS tahap 3 ke atas.
Cara-cara memohon
 
Pengguna boleh mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dari Cawangan Industri Asas Tani, Ibu Pejabat FAMA atau mana-mana Pejabat FAMA Negeri yang berhampiran.

No comments:

Post a Comment