Tuesday 1 January 2013

Azam Tani

AZAM TANI
  1. Pelbagai inisiatif telah dikenalpasti di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan salah satunya ialah Program 1AZAM dimana AZAM bermaksud Akhiri Zaman Miskin. Program 1AZAM adalah merupakan inisiatif khusus bertujuan membebaskan isi rumah berpendapatan rendah daripada kelompok kemiskinan melalui pekerjaan, keusahawanan, aktiviti pertanian ataupun perkhidmatan. Program 1AZAM ini merupakan pemberian bantuan secara terus kepada golongan sasar dengan kebolehdapatan peluang ekonomi supaya peserta dapat meneruskan kehidupan dengan usaha sendiri.
  2. Program ini adalah merupakan satu kolaborasi diantara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan beberapa kementerian dan agensi yang dilantik menjadi project champion dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah pertanggungjawabkan untuk projek AZAM Tani.
  3. Selaku project Champion kepada inisiatif AZAM Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah diberi peruntukan sebanyak RM80 juta pada tahun 2010 & 2011 untuk membantu seramai 8,000 keluarga miskin tegar dan miskin di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan juga WP Labuan, dengan nilai bantuan maksima sebanyak RM10,000 setiap peserta.
  4. Sehingga 31 Mac 2011 ini seramai 1,847 orang telah bersetuju untuk melaksanakan pelbagai projek pertanian dan industri asas tani. Pihak Kementerian menyediakan program ini secara berpakej dimana para peserta disediakan kelengkapan peralatan projek, diberi latihan pembangunan modal insan dan latihan teknikal, dibimbing dari aspek pemasaran produk dan dipantau secara berkala bukan sahaja pemantauan dibuat oleh pegawai pembimbing, tetapi juga oleh pegawai diperingkat kementerian, jabatan, agensi dan juga pemimpin-pemimpin tempatan. Usaha bersama ini adalah bagi memastikan kejayaan projek tercapai.
 

No comments:

Post a Comment