Friday 15 May 2015

Bechois Ceritera



Bechois antara salah satu syarikat pengeluar cendawan di Malaysia yang masih mengekalkan konsep klasikal dengan menggunakan kayu-kayu hutan, buluh termasuklah kaedah pengukusan beg media cendawan yang menggunakan tong drum dengan penggunaan kayu api sebagai bahan bakar.

Disamping dapat menjimatkan kos, suasana ala-ala rimba dapat disaksikan di port cendawan bechois dengan kepulan asap nipis sewaktu proses pengukusan dijalankan diiringi siulan dan kicauan unggas di kawasan sekitar.

(sambungan boleh tonton majalah 3 sabtu ini...) 
pacman emoticon


Tengahari tadi, salah seorang pelajar praktikal di Port Cendawan Bechois bertanyakan satu soalan yang berbunyi

"bos..ada tips untuk nyalakan api dengan cepat..."


respon saya adalah | FOKUS |

-Memang susah untuk nyalakan api untuk kesemua tong dalam satu masa yang pantas

-Cuba FOKUS nyalakan hanya untuk 1 tong dahulu, kemudian bila api sudah marak baru serakkan bara2 bere2 api tersebut ke tong tong yang lain.

-Konsep ini lebih kurang sama apbila hendak memulakan bisnes2 yang lain atau cipta produk2 yang lain

-FOKUS pada perniagaan atau produk sedia ada terlebih dahulu, biar betul2 sudah BoOm baru procced pada yang lain

bimbang yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran
api tong C dah hidup tong A pula padam


No comments:

Post a Comment