Friday 29 May 2015

Bechois : Bongkah \ Beg Media Cendawan











Semalam selesai buat penghantaran kali ke 3 kepada seorang pengusaha cendawan di Hulu Perak.


Kagum dengan ketabahan dan mental yang sukar calar beliau dimana masih kekal di dalam industri walau terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan terutama terpaksa berhadapan pesaing utama beliau dengan membawa masuk cendawan dari negera jiran yang meletakkan harga rendah dari harga pasaran.


Namun begitu Alhamdulillah, menurut beliau hasil cendawan dari beg yang kami bekalkan mempunyai mutu dan kualiti tersendiri dari segi tempoh ketahanan cendawan, berat cendawan disamping ketebalan, bau dan rasa cendawan yang menjadi faktor permintaan cendawan konsisten di dalam pasaran.



Elemen-elemen ini telah membantu dan mendorong beliau untuk terus kekal lama di dalam Industri Cendawan Malaysia. Syukur ya Allah engkau telah pinjamkan kepakaran ini untuk terus kami bantu orang ramai dan pengusaha-pengusaha cendawan yang lain.



Sedia Bantu Sedaya Mampu

No comments:

Post a Comment