Friday 10 January 2014

Penyediaan bangsal/rumah & rak cendawan. (langkah permulaan)

1. Penyediaan bangsal/rumah & rak cendawan.

a) Bangsal/Rumah cendawan.

Bagi peringkat permulaan, ramai pengusaha membeli beg media siap, dan letakkan di dalam, rumah, balkoni, ruang bilik kecil. Biasanya mereka akan membeli beg media dalam jumlah yang kecil sebagai proses percubaan dan salam perkenalan.

Bagi mereka yang ingin menghasilkan beg media sendiri, mereka pula akan membina sebuah bangsal/rumah cendawan kecil dengan kapasiti boleh memuatkan sebanyak 3000-500 ribu beg media. Bagi jumlah beg tersebut saiz keluasan rumah cendawan yang diperlukan adalah berukuran '20' x '30'

Kriteria @ 'apa yang cendawan nak untuk rumahnya' :
- Suhu yang tidak terlalu panas (maksimum 30'c)
- Kelembapan (contoh bilik mandi)
- Persekitaran yang bersih
- Pengudaraan yang baik (dinding dawai + netting)
- Kadar cahaya matahari masuk beskala kecil,(netting 80-90%)

TIPS : 
Rumah cendawan yang kecil tapi banyak adalah lebih baik daripada sebuah rumah cendawan yang besar

Penyakit berjangkit seperti kulat hijau, kulat oren dan lain-lain akan mudah dan pantas merebak dalam rumah cendawan yang besar berbanding rumah cendawan yang kecil tetapi banyak.




b) Rak cendawan

Terdapat beberapa jenis rak yang selalu digunakan

- Rak Peram
- Rak 'H'
- Rak 'A'
- Rak tali

- Rak Peram

Ada diantara pengusaha mengasingkan antara ruangan untuk mengutip hasil dengan ruangan pemeraman, ruang pememeraman digunakan sepanjang tempoh dari benih disuntik dan seterusnya menjadi matang (maisillium memenuhi beg). Bongkah disusun secara menegak diatas rak peram ini bagi mendapat keseragaman. pertumbuhan/perjalanan maisillium.




- Rak 'H'
Rak yang berbentuk 'H' merupakan jenis rak yang biasa digunakan oleh kebanyakan pengusaha cendawan di Malaysia. Rak ini didatangi dengan 2 bahan iaitu kayu dan besi.

Bagi kayu, ukuran kayu yang sering digunakan adalah 
- '4 x 2' iaitu sebagai tiang 
- '2 x 1' sebagai rak/alang


Bagi sumber dari besi pula, besi yang popular digunakan pada masak kini adalah besi 'kekuda rumah'. Sejak kebelakangan ini ramai pengusaha telah beralih dengan menggunakan rak besi ini berikutan beberapa faktor antaranya ialah faktor kos yang lebih murah berbanding harga kayu, disamping sifatnya yang tidak mereput seperti kayu.







- Rak A
Rak 'A' kurang diaplikasi di Malaysia, Ia lebih popular digunakan di Thailand dan terdapat juga segelintir pengusaha di utara Semenajung Malaysia yang menggunakan Rak 'A' ini iaitu dari Kedah dan Perlis.





- Rak Tali
Rak jenis ini merupakan rak yang paling minimum kos, namun rak  ini  juga tidak selalu digunakan kerana sedikit sukar dan remeh bagi menyusun bongkah dan proses penyelenggaraan.


1 comment:

  1. terim akasih , ilmu yang diberi. semoga tuan semakin murah rezeki.. Aamiin

    ReplyDelete