Tuesday 1 August 2017

Kulat Oren



Kulat Oren

Ini antara musuh halus atau penyakit yang mampu mencalarkan mental mushroom grower

Kulat Oren ini kebiasaannya berlaku pada peringkat awal pemeraman beg media

Beberapa faktor kehadiran kulat ini antaranya ialah
1.Beg over steam sewaktu kukus samaada terlalu lama atau terlalu panas

2.Terdapat kebocoran atau lubang halus pada PP Plastic

3.Penggunaan habuk kayu segera selepas ambil dari kilang

Kulat oren mudah tersebar dan berjangkit kepada beg2 lain, ia seperti debu yang mudah ditiup angin

Beberapa langkah boleh diambil sekira mendapati ada kulat oren ini di dalam rumah cendawan

1.Keluarkan bongkah yang terkena jangkitan dengan kadar segera gunakan kain basah atau plastic besar untuk serkup beg yang telah dijangkiti kulat oren.

2.Buang atau asingkan jauh dari bangsal asal

3.Jika sayang untuk buang, beg yang terkena jangkitan oren itu tadi boleh dijemur dan diletakkan di tempat panas, kulat oren tersebut akan lumpuh dan mati namun cara ini mempunyai risiko yang tinggi

#mentaljangancalar
ada soalan boleh drop di ruangan komen

sedia bantu sedaya mampu

#BMCB
#begmediacendawanbechois
#bongkahcendawan
#bechois

No comments:

Post a Comment