Thursday 2 March 2017

Bongkah Cendawan Sisir Bechois




Bongkah Cendawan Sisir Bechois

=============================================


1.PENYEDIAAN BAHAN

Bahan-bahan untuk medium / kompos cendawan sisir juga sama seperti cendawan tiram cuma nisbah komposisinya sahaja berbeza

Cendwan Tiram = 100 : 10 : 1
Cendawan Sisir  = 100 : 50 : 1
  


Habuk kayu pada kadar nisbah 100
jumlah berat untuk 3 tong (10liter) ini adalah sebanyak 15kg dengan berat 5kg setiap tong
(5 kg x 3 tong)



Dedak atau sekam padi pula adalah pada kadar nisbah 50
Bechois menggunakan sekam padi kasar berjumlah 7.5kg ++
kadar nisbah 50 adalah separuh dari nisbah habuk kayu getah iaitu 100 bersamaan separuh dari 15kg habuk kayu iaitu 7.5kg

Kapur pertanian pada kadar nisbah 1 sama seperti cendawan tiram
jadi kapur yang digunakan oleh Bechois adalah 0.15kg @ 150g

Untuk kandungan air tiada sukatan ditetapkan kerana ia bergantung kepada kelembapan habuk kayu. Untuk kuantiti air boleh dilihat melalui keadaan kompos dimana apabila dikepal kompos tidak lerai dan keluar lelehan air di celahan jari

Kesimpulan Komposisi yang Bechois gunakan untuk cendawan sisir

100 : 50 ; 1 = 15kg : 7.5kg : 0.15kg

15kg = Habuk Kayu Getah
7.5kg = Sekam Padi
0.15kg = Kapur Pertanian




Bahan-bahan selain cap & neck adalah PP Plastic
untuk PP Plastic saiz yang selalu digunakan bagi cendawan sisir adalah
6.5 x 11 x 0.06 
seperti di dalam gambar Plastic A, 
Plastic B  biasa digunakan untuk cendawan tiram 6 x 13 x0.06


2.PENYEDIAAN KOMPOS / MEDIUM



Bahan-bahan utama Habuk kayu getah + Dedak/sekam Padi + Kapur pertanian dicampur dan digaul sekata untuk dimasukkan ke dalam PP Plastic




Medium / Kompos dimasukkan ke dalam PP Plastic




Ini adalah keadaan beg selepas kompos dimasukkan ke dalam Plastic
A = Saiz standard Beg Cendawan Sisir


3.PENGUKUSAN



Beg yang telah siap diisi kompos , dipadat dan dipasngkan cap dan neck boleh disusun ke dalam steamer @ tong drum untuk dikukus.
Masa  dan suhu kukusan juga sama seperti cendawan tiram
90-100'c dalam tempoh 5-7 jam


4.SUNTIK BENIH



Gambar benih selepas direnyuk sebelum disuntik, Proses dan prosedur suntik benih sisir juga adalah sama seperti cendawan tiram


5.PEMERAMAM



Beg yang telah siap disuntik boleh disusun dirak peram samada secara menegak ataupun mendatar



Pergerakan maisilium selepas seminggu beg disuntik


























Walaupun tempoh kematangan beg media mengambil masa 30hari,

(mengikut benih yang digunakan)
pada minggu ke-3 belum sempat toreh sudah kelihatan cendawan sisir menembusi Plastic beg 
dibahagian tepi 

6.TUAIAN

****bersambung****






-----------------------------------------------------------------------------------------

Teruskan mengikuti kami di
FB dan INSTA : Bechois

'Sedia Bantu Sedaya Mampu'

No comments:

Post a Comment