Wednesday 28 May 2014

DYMM SULTAN PERAK, SULTAN AZLAN MUHIBUDDIN SHAH




Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak.

PERTABALAN SULTAN

- 3 Februari 1984 dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke-34 . 9 Disember 1985 ditabal sebagai Sultan Perak secara rasmi.



KELUARGA


Sultan Azlan Shah berkahwin dengan Tuanku Bainun Mohd Ali , mendapat 2 putera dan 3 puteri.


- Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 27 November 1956. Raja Nazrin Shah ditabal sebagai Raja Muda Perak.

 
- Raja Azureen binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 9 Disember 1957.

 
- Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 28 Disember 1958 dan ditabal sebagai Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan pada 11 Mei 1987. Raja Ashman Shah mangkat secara mengejut pada hari Jumaat, 30 Mac 2012 akibat asma.


- Raja Eleena binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 3 April 1960.

 
- Raja Yong Sofia binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 24 Jun 1961.




PENDIDIKAN


- Belajar di Government English School, Batu Gajah , kini dinamai SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)


- Belajar bidang undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1953.


- 23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn.




KERJAYA


- Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.


- Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen.


- Menyandang Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa


- Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang


- Penasihat Undang-Undang Negeri Johor


- Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu 
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

- 1965 (umur 37 tahun ) baginda dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya yang merupakan hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel.


- 1973 Hakim Mahkamah Persekutuan


- 1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.


- 12 November 1982 Ketua Hakim Negara



SUMBANGAN & ANUGERAH


- Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984).
Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31 Oktober 1976)

- Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986.


- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979


- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980.


- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai1986.


- Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988.


- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990.


- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990.


- Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19 Disember 1990.


- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991.


- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999.




KURNIAAN DARJAH KEBESARAN


- Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Perak)
- Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M)
- Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N)
- Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Al-Yunusi (Kelantan)
- Darjah Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia (Terengganu)
- Darjah Kerabat Perlis Yang Amat Dihormati (Perlis)
- Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati (Johor)
- Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (Selangor)
- Darjah Kerabat Yang Amat Mulia Kedah (Kedah)
- Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B)
- Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (Pahang)
- Darjah Kerabat (Negeri Sembilan)
- Seri Setia Mahkota (S.S.M)
- Panglima Mangku Negara (P.M.N)
- Panglima Setia Mahkota (P.S.M)
- Orden Al-Merito De Chile (Republik Chile)
- Bintang ADI PURNA (Republik Indonesia)
- Hon. Knight Grand Cross (Civil Division) of The Order of The Bath (United Kingdom)
- Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M)
- Darjah Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S)
- Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P)
- Darjah Seri Indera Mahkota (S.I.M.P) (Pahang)
- The Most Auspicious of The Rajamitrabhorn (Thailand)
- Grand Order of Mugunghwa (Republik Korea)
- Collar of The Japanese Order of The Chrysanthemum (Jepun)
- Grand Cordon of The Supreme Order of The Chrysanthemum (Jepun)
- Civil Order 1st Class (Oman)


No comments:

Post a Comment