Sunday 9 March 2014

MH370



Sejarah 2014 teripta, 08 March

Menanti Kamu MH370
 
Langit sudah bertukar kelabu,
 
Kesedihan melanda terpahat di kalbu,
 
Seluruh dunia menanti beritamu,
 
Muncullah nanti seperti selalu

 

Andai tercalar tinggalkan lah petanda,
 
Andai terguris tunjukkan lah di mana,

 Andai ada tunjukkan lah rupa,

Tidak nanti kami tertanya.. 

Sudah tertulis janji bersemi,

Lautan biru bertukar merah,

Ya Allah Ya Tuhan kami,

KepadaMu kami berserah.

-Wujud-






Pulang,Pulanglah Wahai Penumpang

-Hakim Naimullah 


Harapan kau ingin terbang,
 

Terbang dengan Kapal Tebang,
 

Terasa itu satu peluang,
 

Untuk menjadi seorang penumpang,

MH370 nama kapal terbang,
 

49minit komunikasi hilang,
 

Yang dilaporkan dari Subang,
 

Penyedap hati terus berkubang,
 


Orang biadab bodohnya sedulang,
 

Fakta di ubah selicik Kijang,
 

Apo keno ko ni jang,
 

Ada juga kena lempang, 

Kalau jumpa si licik kijang,
 

Ingin kami sepak teranjang,
 

Muka bijak rupanya bangang,
 

Hingga kami naik berang, 

Dari pagi hingga ke petang,
 

Banyak kemungkinan kami tercengang,
Di mata sudah terbayang,
 

Di telinga sudah terngiang,
 


Waktu azan berkumandang,
 

1 pesawat tak lagi terpandang,
 

Mana mungkin terhempas di padang,

Inikan pula di jelapang, 


Harapan kami kau pulang,
 
Seperti mana kau mahu terbang,

Tak sanggup hilang kau sayang,

Pulang,pulanglah Wahai Penumpang.

#Pray4MH370


::mr mushroom::
https://www.facebook.com/CendawanGorengBechois

No comments:

Post a Comment