Tuesday, 1 August 2017

Bongkah Cendawan





kaitan peram beg dengan konsep tawakal
Tawakal bermakna kita serah 100% pada Allah setelah kita ikhtiar dan usaha
Benih yang baik kita sudah cari
Prosedur suntik benih kita sudah ikut
Bancuhan kompos kita sudah buat dengan baik
Kukus beg kita sudah follow SOP yang betul
Sumber habuk kayu kita telah cari yang baik
Lain2 bahan asas kita telah dapatkan yang baik
Kita tambah lagi ikhtiar dengan vitamin2 tertentu

Sekarang bila masuk fasa pemeraman beg, tugas kita as a muslim terutamanya, teruskan berdoa dan meminta dengan izin yang maha kuasa agar
1.mycelium berjaya spread dengan baik
2.beg bebas dari sebarang ancaman atau penyakit
3.tiada gangguan haiwan2 perosak atau serangga

Berdoalah 
Mintalah
Berserahlah

Kerana apa yang berlaku berikutnya adalah semua dengan izin dan kehendak Allah yang maha kuasa
Sesungguhnya didalam dunia niaga, benda hidup khususnya, Tahap Pergantungan kita pada Esa perlu lebih dari yang biasa
Semoga Urusan Kita Berjalan Lancar dan Dipermudah Dengan Izin dariNYA
Banyakkan doa ketika fasa ini
InsyaAllah 

No comments:

Post a Comment