Tuesday, 1 August 2017

Habuk Kayu Getah



Habuk Kayu Getah
Macam mana nak tahu ORI ??

Beberapa tips untuk kenal pasti Habuk Kayu Getah yang kita ingin jadikan media cendawan itu ORI
Nak tahu habuk kayu 100% habuk kayu getah boleh pergi kilang dan tengok sendiri
Kalau kilang hanya potong dan proses kayu getah sahaja OK
Kalau kilang itu ada juga potong dan proses kayu hutan lain maka berhati hatilah
dan kalau kilang itu proses kayu getah tapi untuk dijadikan perabot juga perlu berhati hati, berkemungkinan besar kayu itu tadi telah dirawat dan diletakkan beberapa chemical yang diluar pengetahuan kita


Bongkah Cendawan





kaitan peram beg dengan konsep tawakal
Tawakal bermakna kita serah 100% pada Allah setelah kita ikhtiar dan usaha
Benih yang baik kita sudah cari
Prosedur suntik benih kita sudah ikut
Bancuhan kompos kita sudah buat dengan baik
Kukus beg kita sudah follow SOP yang betul
Sumber habuk kayu kita telah cari yang baik
Lain2 bahan asas kita telah dapatkan yang baik
Kita tambah lagi ikhtiar dengan vitamin2 tertentu

Sekarang bila masuk fasa pemeraman beg, tugas kita as a muslim terutamanya, teruskan berdoa dan meminta dengan izin yang maha kuasa agar
1.mycelium berjaya spread dengan baik
2.beg bebas dari sebarang ancaman atau penyakit
3.tiada gangguan haiwan2 perosak atau serangga

Berdoalah 
Mintalah
Berserahlah

Kerana apa yang berlaku berikutnya adalah semua dengan izin dan kehendak Allah yang maha kuasa
Sesungguhnya didalam dunia niaga, benda hidup khususnya, Tahap Pergantungan kita pada Esa perlu lebih dari yang biasa
Semoga Urusan Kita Berjalan Lancar dan Dipermudah Dengan Izin dariNYA
Banyakkan doa ketika fasa ini
InsyaAllah 

Kulat Oren



Kulat Oren

Ini antara musuh halus atau penyakit yang mampu mencalarkan mental mushroom grower

Kulat Oren ini kebiasaannya berlaku pada peringkat awal pemeraman beg media

Beberapa faktor kehadiran kulat ini antaranya ialah
1.Beg over steam sewaktu kukus samaada terlalu lama atau terlalu panas

2.Terdapat kebocoran atau lubang halus pada PP Plastic

3.Penggunaan habuk kayu segera selepas ambil dari kilang

Kulat oren mudah tersebar dan berjangkit kepada beg2 lain, ia seperti debu yang mudah ditiup angin

Beberapa langkah boleh diambil sekira mendapati ada kulat oren ini di dalam rumah cendawan

1.Keluarkan bongkah yang terkena jangkitan dengan kadar segera gunakan kain basah atau plastic besar untuk serkup beg yang telah dijangkiti kulat oren.

2.Buang atau asingkan jauh dari bangsal asal

3.Jika sayang untuk buang, beg yang terkena jangkitan oren itu tadi boleh dijemur dan diletakkan di tempat panas, kulat oren tersebut akan lumpuh dan mati namun cara ini mempunyai risiko yang tinggi

#mentaljangancalar
ada soalan boleh drop di ruangan komen

sedia bantu sedaya mampu

#BMCB
#begmediacendawanbechois
#bongkahcendawan
#bechois