Boleh diamalkan sebelum memasukkan beg media baru ke dalam rumah cendawan.
1. Pastikan semua beg yang telah tamat tidak ada yang tertinggal di dalam rumah cendawan.
2. Bersihkan rumah cendawan dengan menggunakan air serta sabun, dituruti dengan pancutan air yang kuat.Pancutankan air ke seluruh ruang rumah (Lantai/dinding) dan biarkan ia kering.
3. Selepas kering, gunakan dettol @ clorox @ kapur bagi proses pembasmian kuman. dan biarkan sehari.
4. Pada hari berikutnya, sembur racun serangga/wangian serai pada netting, lantai dan rak.
5. Rehatkan rumah selama 1-2 hari sebelum guna/memasukkan beg media baru.
"MENCEGAH ADALAH JAUH LEBIH BAIK DARI BUANG BEG..."
Selamat mencuba Good Luck :-)
::mr mushroom::
@Bechois Agrotrade
No comments:
Post a Comment