1. Penyediaan bangsal/rumah & rak
cendawan.
a) Bangsal/Rumah cendawan.
Bagi peringkat
permulaan, ramai pengusaha membeli beg media siap, dan letakkan di
dalam, rumah, balkoni, ruang bilik kecil. Biasanya mereka akan
membeli beg media dalam jumlah yang kecil sebagai proses percubaan
dan salam perkenalan.
Bagi mereka yang ingin menghasilkan beg
media sendiri, mereka pula akan membina sebuah bangsal/rumah
cendawan kecil dengan kapasiti boleh memuatkan sebanyak 3000-500 ribu
beg media. Bagi jumlah beg tersebut saiz keluasan rumah cendawan
yang diperlukan adalah berukuran '20' x '30'
Kriteria @ 'apa
yang cendawan nak untuk rumahnya' :
- Suhu yang tidak terlalu
panas (maksimum 30'c)
- Kelembapan (contoh bilik mandi)
-
Persekitaran yang bersih
- Pengudaraan yang baik (dinding dawai +
netting)
- Kadar cahaya matahari masuk beskala kecil,(netting 80-90%)
TIPS :
Rumah cendawan yang kecil tapi
banyak adalah lebih baik daripada sebuah rumah cendawan yang
besar
Penyakit berjangkit seperti kulat hijau, kulat oren dan lain-lain akan mudah dan pantas merebak dalam rumah cendawan yang besar berbanding rumah cendawan yang kecil tetapi banyak.
b) Rak cendawan
Terdapat
beberapa jenis rak yang selalu digunakan
- Rak Peram
- Rak 'H'
- Rak 'A'
- Rak
tali
- Rak Peram
Ada diantara pengusaha mengasingkan
antara ruangan untuk mengutip hasil dengan ruangan pemeraman, ruang
pememeraman digunakan sepanjang tempoh dari benih disuntik dan
seterusnya menjadi matang (maisillium memenuhi beg). Bongkah disusun
secara menegak diatas rak peram ini bagi mendapat keseragaman.
pertumbuhan/perjalanan maisillium.
- Rak 'H'
Rak yang berbentuk 'H'
merupakan jenis rak yang biasa digunakan oleh kebanyakan
pengusaha cendawan di Malaysia. Rak ini didatangi dengan 2 bahan
iaitu kayu dan besi.
Bagi kayu, ukuran kayu yang sering
digunakan adalah
- '4 x 2' iaitu sebagai tiang
- '2 x 1'
sebagai rak/alang
Bagi sumber dari besi pula, besi yang
popular digunakan pada masak kini adalah besi 'kekuda rumah'.
Sejak kebelakangan ini ramai pengusaha telah beralih dengan
menggunakan rak besi ini berikutan beberapa faktor antaranya
ialah faktor kos yang lebih murah berbanding harga kayu, disamping
sifatnya yang tidak mereput seperti kayu.
- Rak A
Rak
'A' kurang diaplikasi di Malaysia, Ia lebih popular digunakan di
Thailand dan terdapat juga segelintir pengusaha di utara
Semenajung Malaysia yang menggunakan Rak 'A' ini iaitu dari Kedah
dan Perlis.
- Rak Tali
Rak jenis ini
merupakan rak yang paling minimum kos, namun rak ini juga tidak selalu
digunakan kerana sedikit sukar dan remeh bagi menyusun bongkah dan proses
penyelenggaraan.
terim akasih , ilmu yang diberi. semoga tuan semakin murah rezeki.. Aamiin
ReplyDelete