Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatu :-)
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, minggu ini dizinkanNYA lagi menyedut AURA POSITIF Agroprenuer yang telah berjaya didalam 'Agro World' ini disamping mempelajari skill teknik sistem dan pelbagai lagi Ilmu pertanian ini dalam sesi KELAS TAMBAHAN di hujung minggu..
2 LOKASI PANAS telah kami terjah!!
=====================================================================
Lokasi pertama di Simpang Pergam Bagan Datoh ladang milik abang #awie melon TERAS MAJU RESOURCES
Gambar bersama Abnag awie dan Kak Mas
Sesi Pencerahan 'Drip Tape Iirrigation System' yang digunapakai di TERAS MAJU Resources
Next plot : penggunaan netting bagi tanaman sayur junjung (peria/timun)
Slot terakhir brainstorm + knowledge sharing + SOP exchange
teruja mendengar penerangan yang dikongsi oleh Kak Mas :-)
sambil 'mengeteh' lagi
Bukan sekadar 'buah fikiran' dibawa pulang ke Sungai Siput Kami juga diberi 'buah tangan' Pelam dan Markisa, Alhamdulillah syukur, jutaan terima kasih tidak terhingga kepada abang Awie dan Kak Mas di atas penerimaan kunjungan kami dan yang paling penting ILMU yang telah dikongsi, Semoga pintu rezeki Abang Awie dan Kak Mas dibuka luas seluas luasnya lagi, dan kami doakan semoga lebih terus berjaya di dunia dan akhirat Jazakallah Khairan Khatira.
=================================================================
Next destination LOKASI PANAS seterusnya di Tanjung Karang
Disini sekali lagi melihat sepasang suami isteri bersama sama membanting tulang dan tenaga di dalam dunia pertanian ini, mereka adalah Abang Sam dan kak Wahidah yang mengaplikasikan tanaman sayuran secara 'Natural Farming' dengan penggunaan Produk SRI (System Rice Infectations)
study group with Abang Sam
Sesi bersama Kak Wahidah
Ladang terung
Produk SRI untuk ikut bersama ke Sungai Siput bersama buah tangan dari Abang Sam iaitu anak pokok Labu Kayu
Alhamdulillah syukur banyak perkara baru dapat dipelajari disini, terima kasih
terutama berkaitan Produk SRI. Semoga Allah membuka lebih luas seluas luas
nya pintu rezeki pasangan suami isteri ini dan moga Abang Syam dan Kak
Wahida terus berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah
:: Mr.Mushroom ::
No comments:
Post a Comment