TERAS KEDUA : MENGUKUH PENGURUSAN FISKAL
- Melaksanakan pelan transformasi di setiap kementerian.
- Memandang serius isu yang dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012, menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara bagi menyiasat serta mengambil tindakan tegas ke atas salah laku penjawat awam.
- Menubuhkan Unit Pengurusan Integriti yang dianggotai oleh SPRM di setiap kementerian bagi meningkatkan pematuhan dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
- Komited untuk terus mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat dengan sasaran mencapai bajet berimbang pada tahun 2020.
- Membuat pengauditan ke atas projek yang melebihi 100 juta ringgit semasa pelaksanaan projek tersebut.
- Pembayar cukai tidak perlu mengemukakan borang nyata cukai pendapatan sekiranya berpuas hati bahawa PCB adalah dianggap cukai muktamad. Cadangan ini akan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2014.
- Memasastikan tiada pertindihan dan keciciran pemberian bantuan kepada golongan sasar, Kerajaan akan mewujudkan satu sistem pangkalan data yang komprehensif termasuk mengintegrasi data e-Kasih, data penerima bantuan kebajikan dan penerima BR1M. Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri akan menerajui inisiatif ini.
- Perlaksanaan GST 6% berkuatkuasa 1 April 2015.
- Jawatankuasa Pemantauan GST akan ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Kedua dengan dianggotai oleh agensi Kerajaan, wakil industri dan NGO.
- Bantuan tunai secara one-off sebanyak RM300 kepada penerima isi rumah BR1M.
No comments:
Post a Comment