Thursday, 31 October 2013

The POWER of DHUHA !!



Seperti biasa, selepas subuh terus ke Port Cendawan BecHois, harvest cendawan segar untuk diagihkan kepada mereka yang membuat tempahan, lebih kurang jam 8 kembali ke rumah untuk sarapan dan alhamdulillah diberi ruang dan kesempatan untuk solat sunat Dhuha.

Setelah selesai semua, kembali ke Port meneruskan saki baki urusan, hari ini siap menyuntik benih ke dalam 300 lebih beg media cendawan dan bersihkan sekitar rumah cendawan mesin rumput dan sebagainya. Kebiasaannya akan lunch di Port bersama abang dan anak buah (makan bujang-bujang je, kalau musim keluar jagung, bertongkol tongkol la kami bakar, rebus) tetapi hari balik makan tengahari dan solat zohor di rumah.

The POWER of DHUHA bermula disini, sebaik sampai dirumah, kebetulan hari ini, handset tertinggal, balik capai handset hampir berpuluh-puluh miss call, apakah?? number tak tahu pulak tu. Bukak inbox penuh ucapan TAHNIAH!! (garu kepala kejap) baca baca baca, 1 mesej dari kawan kampung bagi tahu suruh datang office felda.

Tak lama lepas tu,'big bos' (ayahanda) balik dari Sungai Siput dengan membawa keratan akhbar Utusan dan didalamnya terselit keluaran khas Akhbar Felda. Selak-selak Ohhhh ini ke...:-) Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, dengan berkat dan izinnya Projek Cendawan BecHOis telah mendapat liputan media (1 page full pulak tu) Syukur Ya Allah lagi kejutan pabila 2 orang anak muda datang ke rumah kebetulan mereka ingin mulakan projek yang sama, datang soal berbagai soalan (dah macam personal coaching dah tadi) dan mereka mohon dalam membantu membekalkan material cendawan, InsyaAllah.

Tidak ketinggalan yang buat tempahan Cendawan Segar/Cendawan Goreng BecHOis nak rasa katanya :-)
jadi sesiapa yang dah online ni  singgah2 la di page kami https://www.facebook.com/CendawanGorengBechois InsyaAllah kami akan berkongsi lebih banyak lagi disini :-) This is POWER of  DHUHA

:: mr.mushroom ::


Keluaran khas utusan (Akhbar Felda) 31 oktober 2013

Tuesday, 29 October 2013

Cputens Agro Farm (C.A.F) TERSENARAI !!


Cputens Agro Farm tersenarai?? ya tersenarai dalam buku Majlis Konvokesyen Pertanian ke-3 2013 yang berlangsung di Dewan Merdeka , PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini, Di Bursa? InsyaAllah suatu hari nanti doa-doakan ameen :-)



Cputens Agro Farm nama asal company yang telah beroperasi hampir setahun dalam proses pengembangan syarikat untuk di tukar status kepada Sendirian Berhad yang bakal didaftar dan diberi nama baru "Bechois Agrotrade Sdn. Bhd." Walaubagaimanapun Cputens Agro Fram (CAF) akan kekal dan menjadi sebagai anak syarikat sulong bagi Bechois Agrotrade.


Berbalik kepada tajuk asal, 'TERSENARAI', selepas solat Maghrib sebentar tadi sempat membelek buku Majlis Konvokesyen Pertanian dan terjumpa di halaman penempatan pelajar  'Latihan Industri',antara company yang tersenarai ialah CAF.

Kami bukan sahaja membuat beg media cendawan, goreng cendawan, membekal cendawan segar, mengeluar produk berasaskan cendawan, kami juga turut menyediakan penempatan pelajar bagi mereka yang ingin menjalani L.I di CAF. 

Disini bukan sahaja ilmu berkaitan cendawan kami kongsikan, kami juga membantu pelajar dengan konsultasi percuma bagi mereka yang berminat untuk terus menceburi bidang pertanian dan industri asas tani.

Syukur ke hadrat ilahi, Alhamdulillah dengan berkat rahmat dan izinnya seorang pelajar L.I di CAF yang baru sahaja selesai konvokensyennya baru-baru ini dengan hasil semangat, kecekalan, serta tindakan luar biasanya untuk benar-benar menceburi industri ini, beliau telah pun berjaya 'run' satu Projek Tanaman Jagung berkeluasan 5ekar.

Antara elemen-elemen penting yang akan kami 'guide' bagi pelajar yang ingin set-up project adalah seperti, penyediaan proposal, bagaimana untuk mendapatkan sumber pembiyaan projek, marketing dan akan diberi khidmat mentoring dengan merujuk pakar berkaitan berdasarkan jenis projek atau tanaman yang akan dijalankan.

Jadi jika ada, rakan atau saudara yang tercari-cari dimana tempat sesuai untuk menjalani Latihan Industri khusus bidang 'agriculture/enterprenuer' boleh hubungi 012 562 9863 / 017 537 2513 atau email kepada cputensagrofarm@gmail.com

::mr.mushroom::


                      ( halaman buku yang di 'scan')

Friday, 25 October 2013

BAJET 2014 : Laporan Ringkas (Teras Kelima)




TERAS KELIMA : MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT
  • RM8.8 bilion bagi Polis Diraja Malaysia.
  • RM13.2 bilion bagi Angkatan Tentera Malaysia.
  • RM128 juta bagi membina dan menaiktaraf Ibu Pejabat Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah dan kuarters kakitangan.
  • RM200 juta bagi melengkapkan PDRM dengan peralatan dan kelengkapan terkini termasuk senjata api, peluru, jaket kalis peluru, alat pengesan narkotik, sistem biometrik dan kenderaan forensik.
  • RM20 juta bagi menambah 496 bilangan kamera litar tertutup atau CCTV di 25 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
  • RM20 juta bagi tambahan kepada pembelian 1,000 buah motosikal untuk kegunaan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM pada tahun ini, Kerajaan bersetuju menambah 1000 buah motosikal.
  • RM75 juta agi memastikan keselamatan perairan adalah terjamin daripada pencerobohan anasir luar khususnya di Sabah dan Sarawak, Kerajaan telah menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah atau ESSCOM.
  • RM2.4 bilion bagi menambah enam buah offshore patrol vessel, empat buah pesawat kargo dan pembelian peralatan sokongan, kereta perisai.
  • RM48 juta bagi tujuan kebajikan 20,000 orang veteran ATM meliputi perubatan, ex-gratia dan pendidikan.
  • RM202 juta bagi membina dan membaik pulih kuarters warga ATM dan menyediakan perkhidmatan bas sekolah kepada anak-anak anggota tentera bagi menggantikan penggunaan trak askar.
  • RM15 juta sebagai dana permulaan untuk Yayasan Hijau Malaysia.
  • RM40 juta bagi melebar dan mendalamkan Sungai Bertam.
  • RM22.1 bilion bagi sektor kesihatan yang merangkumi belanja operasi dan pembangunan.
  • RM66 juta bagi pembelian peralatan dan membina blok tambahan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
  • RM150 juta bagi menambah seramai 6,800 jururawat.
  • RM3.3 bilion bagi menyediakan bekalan ubat dan alatan perubatan mencukupi bagi memastikan pesakit mendapat rawatan yang sempurna, termasuk memperluaskan perkhidmatan kardiotorasik di Hospital Ipoh, Kuala Terengganu, Kuantan dan Kuching.
  • Membekalkan secara percuma, kit rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis atau CAPD yang bernilai 19 ribu ringgit seunit (pesakit buah pinggang.
  • Memansuhkan subsidi gula sebanyak RM0.34 berkuatkuasa 26 Oktober 2013.
  • RM239 juta bagi meneruskan kecemerlangan sukan merangkumi menaiktaraf kompleks dan gelanggang sukan, mewujudkan program perintis pengenalpastian bakat di peringkat sekolah rendah dan melaksanakan program Future Professional Coach.
  • RM150 juta bagi  Kumpulan Wang Amanah Sukan bagi pembangunan sukan elit, rawatan perubatan dan penyelidikan.
  • RM2.2 bilion bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
  • Menaikkan kadar wang saku kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daripada RM1.50 kepada tiga ringgit sehari bagi kanak-kanak yang bersekolah dan kenaikan daripada RM0.50 kepada satu ringgit sehari bagi kanak-kanak yang tidak bersekolah.
  • Kadar wang saku warga emas juga akan dinaikkan daripada 10 ringgit kepada 30 ringgit sebulan untuk menampung keperluan belanja harian penghuni JKM.
  • Menaikkan kelayakan pendapatan isi rumah bulanan penjawat awam daripada 3,000 ringgit kepada 5,000 ringgit untuk mendapat subsidi yuran taska sektor awam berjumlah 180 ringgit sebulan.
  • RM250 pemberian bantuan yuran taska bagi ibu bapa berpendapatan bulanan tidak melebihi RM900.
  • Pemberian percuma alat bantuan sokongan prosthesis luaran payudara dan coli khas kepada pesakit kanser payudara.
  • Menambah empat buah bas khas untuk pelaksanaan Pusat Keluarga Bergerak bagi memberi khidmat nasihat berkaitan kekeluargaan, penjagaan makanan, pemeriksaan penyakit kronik serta ujian glukosa dan kolestrol.
  • RM300 juta bagi menyediakan kemudahan pinjaman kepada syarikat Bumiputera yang berwibawa untuk mengambil alih syarikat tersenarai atau syarikat yang berpotensi untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.
  • Dana RM200 juta disediakan oleh SME Bank bagi kemudahan pinjaman untuk program pembangunan semula Tanah Rezab Melayu di kawasan strategik seperti Kampung Baru, Kampung Pandan dan Kampung Datuk Keramat.
  • RM30 juta bagi meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang perniagaan dan keusahawanan bagi menjana pendapatan dan kekayaan. Antara program yang akan dilaksanakan adalah mewujudkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera atau SUPERB.
  • RM300 juta bagi dana Amanah Ikhtiar Malaysia.
  • RM700 juta bagi dana TEKUN.
  • RM441 juta bagi OKU.
  • RM6 juta bagi golongan karyawan, seniman dan budayawan.
  • RM100 juta bagi meningkatkan pencapaian pelajaran dan latihan kemahiran.
  • RM28 juta bagi program pendidikan awal melibatkan 176 pra-sekolah Tamil dan program i-Sinar.
  • RM50 juta Skim Pembiayaan Usahawan Muda India atau SPUMI di bawah TEKUN, manakala usahawan India juga boleh memohon pinjaman daripada Amanah Ikhtiar Malaysia.
  • Mengkaji semula Cukai Keuntungan Harta Tanah atau RPGT.
  • Meningkatkan harga minimum hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing daripada RM500 ribu  kepada RM1juta.
  • Meningkatkan ketelusan harga jualan hartanah, di mana pemaju hartanah perlu mempamerkan secara terperinci harga jualan termasuk semua manfaat dan insentif yang ditawarkan kepada pembeli seperti pengecualian yuran guaman, duti setem perjanjian jual beli, rebat tunai dan hadiah percuma.
  • Sebanyak 223 ribu unit rumah baharu akan dibina oleh Kerajaan dan sektor swasta pada tahun 2014.
  • RM578 juta bagi melaksanakan Program Perumahan Rakyat yang melibatkan pembinaan 16,473 unit rumah.
  • Memperkenalkan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome sebagai satu langkah untuk menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana.
  • RM331 juta bagi meneruskan program penyeragaman harga dan pemberian subsidi termasuk kos pengangkutan.
  • RM30 juta bagi pembukaan 60 buah Kedai Rakyat 1Malaysia.
  • BR1M RM650 (berkeluarga) RM300 (bujang 21 tahun keatas).
  • Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai 50 ringgit diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M.
  • RM250 bayaran khas kewangan bagi golongan pesara.
  • Bonus sebanyak setengah bulan gaji bagi penjawat awam bermula awal januari 2014.


BAJET 2014 : Laporan Ringkas (Teras Keempat)



TERAS KEEMPAT : MEMPERGIAT PEMBANGUNAN BANDAR & LUAR BANDAR
  • Membuka Pusat Transformasi Bandar atau UTC Sabah pada akhir tahun ini dan menambah empat lagi UTC di Sarawak, Johor, Terengganu dan Perlis sebagai tambahan kepada lima UTC sedia ada.
  • Menambah tiga Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC di Sabah, Sarawak dan Negeri Sembilan menjadikan jumlah keseluruhan RTC sebanyak lapan buah.
  • Melaksanakan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak atau Mobile CTC dengan menambah bilangan bas serta van yang diubahsuai. Perkhidmatan utama yang disediakan meliputi pendaftaran MyKad, memperbaharui lesen memandu, pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat perniagaan.
  • RM2.9 bilion membina landasan berkembar Ipoh-Padang Besar dan kemudiannya ke Johor Bahru serta menaik taraf rel dan landasan di seluruh negara.
  • RM62 juta bagi menyediakan kemudahan park and ride di stesen LRT, 
    stesen KTM komuter serta stesen ERL.
  • RM15.3 juta bagi memperkenalkan Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat.
  • RM28 juta bagi membina hentian akhir bandar dan menaik taraf perhentian bas serta kemudahan drop and ride.
  • RM28 juta bagi membaik pulih tren Electric Multiple Unit (EMU).
  • RM130 juta bagi  subsidi pengangkutan udara luar bandar, terutama bagi penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak.
  • RM52.9 juta bagi subsidi perkhidmatan keretapi di laluan Wilayah Timur, yakni di Pahang dan Kelantan.
  • RM63 juta bagi penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk atau JPP dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT.
  • RM1.2 bilion bagi meningkatkan kadar liputan pembekalan air kepada 100 peratus terutama di kawasan bandar, Kerajaan akan membina dan menaiktaraf empangan serta loji rawatan air terawat .
  • RM1 bilion disediakan untuk pelbagai program pembangunan luar bandar untuk projek infrastruktur asas.
  • RM980 juta bagi membaikpulih dan menaiktaraf 437 kilometer jaringan jalan luar bandar di seluruh negara.
  • RM500 juta bagi projek Lebuhraya Pan Borneo.
  • RM457 juta bagi program bekalan air bersih dan terawat kepada lapan ribu unit rumah di luar bandar.
  • RM75 juta bagi membekal tangki air di Sarawak.
  • RM865 juta bagi program bekalan tenaga elektrik 24 jam kepada lebih 16 ribu rumah di seluruh negara.
  • RM265 juta bagi mengatasi gangguan bekalan elektrik di Sabah.
  • RM179 juta bagi membina dan membaik pulih sebanyak 20,000 unit rumah rakyat miskin di kawasan luar bandar.
  • RM20 juta bagi program Rural Business Challenge yang merangkumi pengeluaran makanan, ternakan ikan, membaiki kenderaan dan agro pelancongan.
  • RM109juta bagi program pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf hidup serta kemudahan infrastruktur bagi masyarakat Orang Asli.
  • RM659 juta bagi meneruskan projek Rancangan Tebatan Banjir antaranya di Sungai Muda Kedah, Lembangan Sungai Muar Johor, Sungai Bunus Kuala Lumpur dan Bandar Pekan Pahang.
  • RM79 juta bagi kerja mengorek dan mendalam kuala-kuala sungai.
  • RM50 juta bagi golongan bumiputera Sabah dan Sarawak yang menghadapi kesukaran dalam proses pemilikan tanah adat untuk kerja pengukuran tanah dan pengesahan hak pemilikan tanah adat


BAJET 2014 : Laporan Ringkas (Teras Ketiga)


TERAS KETIGA : MENGUNGGUL MODAL INSAN
  • Sejumlah 54.6 bilion ringgit atau 21 peratus daripada keseluruhan peruntukan tahun 2014 akan disediakan.
  • Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia atau PPPM mencapai objektif bagi membawa Malaysia ke tahap kategori ‘sepertiga teratas’ dalam kedudukan pendidikan terbaik dunia.
  • RM530 juta bagi program prasekolah dan menambah 93 lagi bilangan prasekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan.
  • RM209 juta disediakan bagi program pemantapan profesion guru.
  • RM168 juta bagi memperluaskan akses internet di sekolah terutama di kawasan luar bandar.
  • RM831 juta menaik taraf dan membina 33 buah sekolah baru.
  • Tambahan RM450 juta Tabung Khas Pembinaan Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah, khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraaan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.
  • RM600 juta Meningkatkan status universiti bertaraf penyelidikan dengan memperbanyakkan kajian dan penulisan untuk penerbitan di peringkat antarabangsa.
  • RM110 juta bagi meneruskan program MyBrain15 .
  • Melaksanakan single tier bagi kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 hingga 3, selama setahun 6 bulan di semua Institut Latihan Perindustrian di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
  • RM178 juta Menaiktaraf dan menyelenggara bangunan serta peralatan di institut latihan JTM.
  • RM330 juta Menyediakan dana pinjaman latihan kemahiran di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
  • RM200 juta menaik taraf dan melaksanakan pendekatan dua syif di Institut Kemahiran Belia Negara atau IKBN (Belia).
  • RM400 juta bagi syarikat yang berdaftar untuk memberikan peluang kepada pekerja mengikuti program upskilling dan reskilling.
  • RM100 bantuan persekolahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah diteruskan, RM54o juta disediakan.
  • Meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia dengan nilai sebanyak RM250  kepada setiap pelajar pra-universiti dan IPT.


BAJET 2014 : Laporan Ringkas (Teras Kedua)



TERAS KEDUA :  MENGUKUH PENGURUSAN FISKAL
  • Melaksanakan pelan transformasi di setiap kementerian.
  • Memandang serius isu yang dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012, menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara bagi menyiasat serta mengambil tindakan tegas ke atas salah laku penjawat awam.
  • Menubuhkan Unit Pengurusan Integriti yang dianggotai oleh SPRM di setiap kementerian bagi meningkatkan pematuhan dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
  • Komited untuk terus mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat dengan sasaran mencapai bajet berimbang pada tahun 2020.
  • Membuat pengauditan ke atas projek yang melebihi 100 juta ringgit semasa pelaksanaan projek tersebut.
  • Pembayar cukai tidak perlu mengemukakan borang nyata cukai pendapatan sekiranya berpuas hati bahawa PCB adalah dianggap cukai muktamad. Cadangan ini akan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2014.
  • Memasastikan tiada pertindihan dan keciciran pemberian bantuan kepada golongan sasar, Kerajaan akan mewujudkan satu sistem pangkalan data yang komprehensif termasuk mengintegrasi data e-Kasih, data penerima bantuan kebajikan dan penerima BR1M. Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri akan menerajui inisiatif ini.
  • Perlaksanaan GST 6% berkuatkuasa 1 April 2015.
  • Jawatankuasa Pemantauan GST akan ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Kedua dengan dianggotai oleh agensi Kerajaan, wakil industri dan NGO.
  • Bantuan tunai secara one-off sebanyak RM300 kepada penerima isi rumah BR1M.


BAJET 2014 : Laporan Ringkas (Teras Pertama)


Tema Bajet 2014 :

"Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi, Melaksana Janji"


Teras Utama : 

1. Merancak Aktiviti Ekonomi
2. Mengukuh Pengurusan Fiskal
3. Mengunggul Modal Insan
4. Mempergiat Pembangunan Bandar & Luar Bandar
5. Mensejahtera Kehidupan Rakyat


TERAS PERTAMA : MERANCAK AKTIVITI EKONOMI

1Meningkat Potensi Sektor Logistik

2. Menggalak Industri Penerbangan

    - Pusat pengurusan trafik udara baru dengan kos sebanyak 700 juta ringgit akan dibina di        KLIA    - Naiktaraf lapangan terbang termasuk di Kota Kinabalu, di Sandakan, Miri, Sibu, Mukah          RM312juta

3. Mempromosi Sektor Pelancongan
    - 
Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan dengan peruntukan sejumlah RM2 bilion 


4. Meluaskan Akses Internet
    - 
1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina
    - Sabah sarawak 
kabel dasar laut yang baru akan dipasang dalam tempoh 3 tahun dengan        kos RM850juta


5. Menggalak skim persaraan
    - 
sumbangan Kerajaan ditingkatkan daripada 5 peratus kepada 10 peratus, yakni daripada        jumlah maksimum  60 ringgit setahun kepada 120 ringgit setahun.

    - RM500 secara one-off kepada pencarum yang menyertai skim PRS dengan pelaburan            minimum terkumpul   RM1000 dalam tempoh setahun.

6.  
Mengukuh Pasaran Kewangan


7. 
Meningkatkan Rantaian Sektor Pertanian

    - 6 bilion ringgit akan disediakan untuk pelaksanaan program pertanian
           >
Menubuhkan Food and Agro Council for Export atau FACE
           >
Memperkukuhkan FAMA tambahan:60 pasar tani, 50 pasar ikan, 50 karavan                          tani,perluas 100 GBS
           >
2.4 bilion ringgit bagi meneruskan bantuan subsidi dan insentif
           >P
rogram Bioeconomy Community Development
           >RM
634 juta Antara projek yang terlibat adalah tanaman padi, projek ikan dalam                      sangkar, projek rumpai laut dan burung walit, projek herba bernilai tinggi, tanaman                sayur-sayuran dan buah-buahan bagi  pasaran eksport.  

8. 
Pembangunan Usahawan
    - 50 juta ringgit di bawah Tabung Usahawan Siswazah yang dikendalikan oleh SME Bank
    - Pinjaman maksimum 500 ribu ringgit dengan kadar faedah 4%.

9. Memantap Perusahaan Kecil dan Sederhana
    -Skim Usahawan Pasar Malam dengan dana RM100 juta ringgit di bawah kendalian BSN  

Monday, 21 October 2013

Pleurotus Florida -Cendawan Tiram Putih-



White Oyster Musroom-Cendawan Tiram Putih  (pleurotus florida)


          Khasiat

  • Mengawal atur darah - anti thrombotik,merendahkan tekanan darah,kandungan glukosa dan lipid
    blood regulation - anti thrombotic, lowers blood pressure, lipid concentrations and glucose levels.
  • Meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bakteria. Immunomodulatory - anti inflammatory, antiviral, antibacterial and antitoxical.
  • Merencat pertumbuhan tumopr. Inhibit tumor growth.
  • Antioksidean dan aktiviti pelindung gen. Antioxidant and genoprotective activity.


    Kandungan Nutrisi
  • Protein : 15.2 - 22.7%
  • Lemak : 1.16 - 2.58%
  • Serat : 14.2 - 18.2%
  • Vitamin E : 3ppm
  • Selenium : < 0.05ppm
  • Zat Besi : 34.7 - 60.7 ppm
  • Kalsium : 0.39 - 0.69 ppm
  • Magnesium : 589 - 789 ppm
  • Kalium : 2.54 - 2.61%

Sunday, 20 October 2013

Port Cendawan BecHois dinaiki air



Sasaran 200 beg media cendawan acara santai solo kategori individu lelaki di hujung minggu terkandas berikutan kenaikan paras air sungai akibat hujan lebat semalam.

Namun demikian acara tersebut terpaksa diganti oleh penganjur dengan acara cucian dan basuhan pantas individu lelaki solo kuak bebas suka hati dan puas.

 



Beberapa gambar keadaan di dalam rumah cendawan




Sebatang pokok tumbang di laluan utama masuk Port Cendawan BecHois

Tuesday, 15 October 2013

Kisah si TANGKAI JERING


Situasi berlaku dalam sebuah aktiviti 'Jungle Tracking" terdapat 2 kumpulan iaitu Alfa dan Beta yang menggunakan track yang sama. Setelah 3 jam meredah hutan mereka berhenti rehat dan kisah bermula..


Haikal dari ahli kumpulan Alfa memulakan bicara,beliau bertanya kepada Rasyid ahli kumpulan beta




Haikal : Bro ada air bro untuk minum?


Rasyid : (berfikir,ada air..tapi hanya untuk dia..'die ni nak pau air aku leni..lantas menjawab) TAKDE LA BRO

Haikal : Aha wa da agak da, air lu mesti da abes..nah AMEK air minum wa dulu..minumla :-)


 

Dengan jawapan itu Rasyid tersentak dan tergamam  berasa serba salah
'moral of the story' jangan lah BERFIKIRAN NEGATIF dan jangan berasa terlalu selesa dengan apa yang kita ADA,adalah lebih baik kita selesa dengan memberi apa yang kita ada kepada mereka yang TIADA.
InsyaAllah Allah akan gandakan pemberiaan kita bukan 2 kali ganda bukan  3kali ganda tapi 10 kali ganda!

~INSYAALLAH~

Memperkasakan ekonomi diri sendiri dahulu sebelum anda ingin memperkasakan ekonomi dunia.



Kebelakangan ini kita sering mendengar keluhan rakyat Malaysia terutamanya kaum Bumiputera akibat dari kenaikan harga minyak petrol. Sedikit demi sedikit harga barang mula meningkat, dan ini memberi kesan yang besar kepada perbelanjaan harian kita. Ramai yang mula berbalah serta menunding jari kepada pihak kerajaan kerana tidak mengambil kira sensitiviti rakyat apabila kerajaan bertindak menaikan harga petrol. Yang menariknya, kebanyakkan yang menunding jari akibat dari kenaikan ini ialah kaum Bumiputera.

Tahukah anda bahawa secara amnya ekonomi dunia ini telah direka untuk sentiasa meningkat. Ini bermakna kos saraan hidup akan terus naik dari tahun ke tahun tanpa henti.  Adakah anda masih ingat berapa sen yang anda bawa ke sekolah ketika anda kecil? Saya masih ingat lagi pada zaman saya membawa duit poket sebanyak 50 sen ketika saya bersekolah rendah. Anda boleh teka berapa umur saya pada zaman tersebut? Ketika itu saya bersekolah rendah di antara tahun 1980-an. Adakah hari ini  ianya mencukupi sekiranya kita memberikan duit poket hanya sebanyak 50 sen? Pastinya tidak. Kenapa? Kerana ada satu perkara tentang sistem ekonomi dunia yang anda perlu faham iaitu masalah inflasi. Samada anda suka atau tidak, duit sentiasa susut nilai dan harga barang 10 tahun dahulu seperti harga rumah, barang dapur dan banyak lagi pastinya tidak akan sama. Jadi usahlah kita membuang masa menunding jari kepada sesiapa sahaja apabila kenaikkan ini terjadi. Dari anda pening memikirkan masalah ekonomi dunia atau cuba menjadi "Superman" mahu merubah ekonomi dunia, lebih baik anda fikirkan bagaimana hendak mengukuhkan lagi ekonomi diri sendiri dan keluarga. 

Mungkin anda boleh mula dengan mengurangkan perbelanjaan yang tak sepatunya dibelanja. Mula perhatikan aliran wang keluar masuk anda dan isi rumah. Cuba mencari jalan untuk menambahkan lagi simpanan dan yang paling penting, mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan bagi menampung kenaikan saraan hidup yang luar biasa ini. Antara cara meningkatkan pendapatan adalah melalui bekerja makan gaji ataupun berniaga sendiri.

Ramai yang menganggap dengan mempunyai kelulusan yang tinggi sahaja boleh menjamin mendapat pekerjaan yang bagus serta gaji yang lumayan. Mungkin fahaman ini telah dipupuk dari kecil sehinggakan ia telah menjadi satu bentuk budaya atau tradisi yang patut diikuti oleh kita sehingga ke hari ini. Tak salah mempunyai pendidikan yang bagus serta gred yang cemerlang, yang menjadi persoalannya kenapa anda perlu bekerja untuk orang lain sekiranya anda boleh berniaga sendiri.

Masalahnya kebanyakan bangsa kita menjadikan perniagaan itu satu pilihan terakhir di dalam memilih kerjaya sedangkan jika anda melihat kaum cina, berniaga merupakan satu keutamaan di dalam masyarakat mereka. Mereka seolah-olah percaya yang bangsa mereka wajib berniaga berbanding dengan bangsa saya yang rata-ratanya ditekankan tentang betapa pentingnya untuk makan gaji terutamanya bekerja dengan kerajaan. Ia seolah-olah pilihan selamat untuk mendapat pencen satu hari nanti.

Kaum bumiputera, bangkitlah dari keselesaan anda sekarang! Sedarlah yang kehidupan anda hari ini dalam keadaan membimbangkan. Pendapatan melalui makan gaji tidak dapat menampung dari getaran kewangan ekonomi dunia. Tetapi jika anda berniaga dan menjadi usahawan yang bermatlamat, anda pasti mampu tersenyum melihat gelagat ekonomi sedia ada dan juga yang bakal menjelma. Jika anda dapat menguasai ekonomi diri sendiri anda dapat tentukan apa yang anda inginkan dan ini merupakan salah satu kelebihan menjadi seorang usahawan.

Bakat dan ilmu merupakan antara intipati untuk menjadi seorang usahawan. 
Kebiasaannya ramai yang beranggap untuk menjadi usahawan berjaya memerlukan bakat semulajadi ataupun diwarisi dari keluarga. Realitinya, untuk menjadi usahawan anda tidak memerlukan bakat yang hebat tetapi apa yang anda perlukan adalah ilmu yang mencukupi. Dari ilmu, bakat dan kemahiran akan dibina secara tidak langsung ke dalam diri usahawan tersebut secara berperingkat sehingga ia menjadi darah dagingnya sendiri. Ramai yang telah lahir menjadi usahawan yang berjaya terutamanya beberapa tahun ke belakangan ini di kalangan bumiputera dengan sokongan dari pihak kerajaan serta inisiatif banyak pihak termasuk saya di dalam membantu melatih membangunkan usahawan yang berjaya.

Jika anda perhatikan mereka yang menjadi usahawan yang berjaya, ramai daripada mereka yang tidak mempunyai latarbelakang keluarga yang berniaga atau mempunyai kelulusan MBA di dalam pengurusan perniagaan, malah ramai yang mempunyai latarbelakang kelulusan bidang pengurusan perniagaan yang takut berniaga atau gagal di dalam perniagaan mereka. Adakah kita perlukan "genetik" usahawan untuk menjadi usahawan? Pada tahun 2010, penulis buku "Born Entrepreneurs, Born Leaders", Scott Shane, seorang professor bidang kajian keusahawanan di Cleveland Case Western Reserve University menganjurkan bahawa masalah genetik tidak mempengaruhi samada seseorang itu akan memilih untuk bekerja atau berniaga; tetapi beliau tidak menafikan bahawa faktor sekeliling banyak mempengaruhi seseorang membuat keputusan untuk berniaga.  

Usahawan datang dari semua lapisan masyarakat, semua kumpulan umur dan dari segala sudut. Mereka adalah orang-orang biasa seperti anda dan saya. Mereka telah tinggal dan bekerja di negara ini. Mereka telah menghadapi masalah yang sama yang kita hadapi setiap hari. Mereka mempunyai akses kepada sumber-sumber yang sama, seperti yang kita miliki.
Namun, apa yang membezakan usahawan dan orang biasa ialah ilmu dan pilihan berani bertindak membuat keputusan dalam mencapai sesuatu perkara.

Bagi mewujudkan lebih ramai usahawan di negara ini, kerajaan telah memperkasakan penyertaan Bumiputera ke dalam sektor perniagaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah mengumumkan lima teras untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera di dalam ekonomi negara. Antara teras itu ialah penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang tidak lama lagi akan dipengerusi oleh perdana menteri sendiri. Dengan kemudahan ini, ia akan memberi banyak peluang keemasan serta memudahkan  usahawan-usahawan Bumiputera untuk memperluaskan lagi perniagaan mereka.

Mungkin anda tengah tersenyum ghairah mendengar peluang-peluang yang bakal menjelma. Ini merupakan salah satu cara pemangkin kerajaan memastikan kaum Bumiputera tidak ketinggalan dalam dunia keusahawanan di Malaysia. Dengan ini, usahawan Bumiputera tidak perlu lagi bergantung sepenuhnya kepada perlindungan dari kerajaan. Tetapi percayalah, tanpa bantuan kerajaan sekalipun, kita sebenarnya mampu membina perniagaan kita sendiri berbekalkan formula-formula membina perniagaan yang terbukti berjaya. 

Sebenarnya peluang mendapat pendapatan yang lebih tinggi sememangnya menuntut untuk kita menjadi usahawan. Jika anda masih lagi bersandarkan kehidupan makan gaji, inilah masanya untuk anda mula berjinak-jinak dalam dunia keusahawan. Tetapi ingat, jangan terjah dalam dunia keusahawanan jikalau anda masih belum mempunyai ilmu yang cukup tentangnya. Mulalah mencari ilmu melalui pembacaan buku, hadiri seminar-seminar keusahawan dan pastikan anda mempunyai mentor yang betul untuk menolong anda mencapai arah yang ingin ditujui dengan mudah dan pantas.

Dr Azizan Osman, Penulis, Usahawan, Pakar Pembangunan Usahawan & Pemasaran

Monday, 14 October 2013

TRAGEDI BERDARAH di Felda Lasah


Sungai Siput, 15 0ktober,bersamaan 10 Zulhijjah 15 Angka korban di Felda Lasah hari ini telah dikenalpasti. Kejadian ini telah disaksikan oleh ratusan penduduk Felda Lasah. Sehingga kini kerja kerja penimbusan giat dijalankan.Dipercayai mangsa-mangsa korban disembelih dan dilapah dengan senjata tajam.







Kejadian berlaku  adalah rentetan sejarah bagi memperingati pengorbanan Nabi Allah Ibrahim  yang diperintah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Disamping itu adalah tentang pengorbanan ibu,Siti Hajar,dimana Allah taatkan suaminya tinggal bersendirian di Tanah Haram. Suaminya hanya berseorangan datang di tanah kering kontang dan hanya berbekalkan tawakal kepada Allah.

Tatkala Nabi Ismail lahir, Siti Hajar diuji lagi pabila air susunya kering.Oleh yang demikian Siti Hajar pun mencari air dari hujung ke pangkal, berlari-lari anak dari Sofa ke Marwah beberapa kali.

Berkat dari usahanya,terpancar air dari bumi hasil  berkat dari hentakan kaki anaknya, bakal Nabi.. Dia pun mengumpul air sambil bersyukur dengan menyebut "Zam-zam.. Zam-zam.." Itulah dia air Zam-zam yg kekal hingga ke hari ini.. Mu'jizat seorang Nabi berkat isterinya.

~Salam AidilAdha Selamat Menjalani Ibadah Korban~

Kembar Pokja & Pokji turun ladang Sungai Siput

Sehari sebelum Aidil Adha 1434H (14 0ktober 2013) -Isnin-



Terharu + teruja menerima kunjungan sahabat coursemate ketika di Universiti dahulu.Mereka daripada Kuala Lumpur dan tiba seawal jam 2 petang dalam hujan yang agak lebat dan selang beberapa minit hujan berhenti sesi 'roadtour' ladang ke ladang bermula.


 Selesai pusing ladang jagung dan sayur di kawasan sekitar, kembali ke 'port cendawan BecHois'




Sesi terakhir bergambar sebelum mereka kembali berangkat ke KL.Walau hanya beberapa jam bersama tetapi Alhamdulillah banyak perkara, banyak skill, banyak pandangan, idea yang dapat ditukar dan dikongsi bersama InsyaAllah ada tika juga masa kita jumpa lagi ngeteh  semeja Salam Aidil Adha :-)

Sunday, 13 October 2013

Membantu Tanpa Sedar


Aktiviti malam semasa belajar dulu, besala dulu malam jadi siang dan siang jadi malam 'standard la student' ayat komersial antara aktiviti pilihan Study (study week jela hehe) assigment (nak dekat2 dengan due date) game,movie tapi yang ni boleh kata kerap la, edit gamba (photoshop) dulu tolong member2 design tshirt,banner project,poster dan seangkatan dengannya.

Tak sangka pulak dengan kodek2 adobe photoshop ni dulu, sekarang Alhamdulillah dapat bantu sedikit sebanyak member2 bisnes online/ usahawan bumiputera yang mula berjinak jinak dalam bisnes dengan cara design label pada produk, cover photo Fb untuk bisnes mereka,logo dan branding.Disamping ada jugak permintaan dari kawan2 untuk tolong design banner walimatulurus mereka.

Point die sini kawan-kawan Fb rakan-rakan bisnes yang masih tercari-cari pakar untuk design/tOuch up logo,branding,cover photo timeline bisnes InsyaAllah saya boleh tolong sedikit sebanyak yang saya mampu,PM di facebook saya https://www.facebook.com/abe.achoi boleh kita borak panjang di situ 




(gambar sekadar hiasan,ni sticker labeling Cendawan Goreng Bechoi's baru lama punya dah habis alang2 nak print baru design yang baru)