Wednesday, 8 March 2017

Bongkah / Beg Media Cendawan Bechois




Gambar 200 beg matang yang baru diambil minggu lepas  
siap  selesai disusun diatas rak 

kiriman Tn Faiz dari Lekir Manjung Perak

Terima Kasih Tuan
Semoga Berjaya


Sedia bantu Sedaya Mampu


Bechois
Whatsapp 0125629863

FB Page:

Benih Cendawan Tiram Kelabu




Benih Cendawan

Tiram Kelabu
Grey Oyster

35 hari matang

Berat 350g/pack

Boleh suntik 35-45 bongkah




Kotak diatas adalah untuk penghantaran ke Sabah/Sarawak

Jumlah Kos Penghantaran :

Kotak Saiz M
boleh muat 15 pack
5kg ++
RM55 + RM3.30 (6% gst)
RM58.30


Kotak Saiz L
boleh muat 30 pack
10kg ++
RM95 + RM5.70 (6% gst)
RM100.70



Maklumat Lanjut dan Tempahan
WHATSAPP 0125629863


'Sedia Bantu Sedaya Mampu'
https://www.facebook.com/Bechois/



Thursday, 2 March 2017

Bongkah Cendawan Sisir Bechois




Bongkah Cendawan Sisir Bechois

=============================================


1.PENYEDIAAN BAHAN

Bahan-bahan untuk medium / kompos cendawan sisir juga sama seperti cendawan tiram cuma nisbah komposisinya sahaja berbeza

Cendwan Tiram = 100 : 10 : 1
Cendawan Sisir  = 100 : 50 : 1
  


Habuk kayu pada kadar nisbah 100
jumlah berat untuk 3 tong (10liter) ini adalah sebanyak 15kg dengan berat 5kg setiap tong
(5 kg x 3 tong)



Dedak atau sekam padi pula adalah pada kadar nisbah 50
Bechois menggunakan sekam padi kasar berjumlah 7.5kg ++
kadar nisbah 50 adalah separuh dari nisbah habuk kayu getah iaitu 100 bersamaan separuh dari 15kg habuk kayu iaitu 7.5kg

Kapur pertanian pada kadar nisbah 1 sama seperti cendawan tiram
jadi kapur yang digunakan oleh Bechois adalah 0.15kg @ 150g

Untuk kandungan air tiada sukatan ditetapkan kerana ia bergantung kepada kelembapan habuk kayu. Untuk kuantiti air boleh dilihat melalui keadaan kompos dimana apabila dikepal kompos tidak lerai dan keluar lelehan air di celahan jari

Kesimpulan Komposisi yang Bechois gunakan untuk cendawan sisir

100 : 50 ; 1 = 15kg : 7.5kg : 0.15kg

15kg = Habuk Kayu Getah
7.5kg = Sekam Padi
0.15kg = Kapur Pertanian




Bahan-bahan selain cap & neck adalah PP Plastic
untuk PP Plastic saiz yang selalu digunakan bagi cendawan sisir adalah
6.5 x 11 x 0.06 
seperti di dalam gambar Plastic A, 
Plastic B  biasa digunakan untuk cendawan tiram 6 x 13 x0.06


2.PENYEDIAAN KOMPOS / MEDIUM



Bahan-bahan utama Habuk kayu getah + Dedak/sekam Padi + Kapur pertanian dicampur dan digaul sekata untuk dimasukkan ke dalam PP Plastic




Medium / Kompos dimasukkan ke dalam PP Plastic




Ini adalah keadaan beg selepas kompos dimasukkan ke dalam Plastic
A = Saiz standard Beg Cendawan Sisir


3.PENGUKUSAN



Beg yang telah siap diisi kompos , dipadat dan dipasngkan cap dan neck boleh disusun ke dalam steamer @ tong drum untuk dikukus.
Masa  dan suhu kukusan juga sama seperti cendawan tiram
90-100'c dalam tempoh 5-7 jam


4.SUNTIK BENIH



Gambar benih selepas direnyuk sebelum disuntik, Proses dan prosedur suntik benih sisir juga adalah sama seperti cendawan tiram


5.PEMERAMAM



Beg yang telah siap disuntik boleh disusun dirak peram samada secara menegak ataupun mendatar



Pergerakan maisilium selepas seminggu beg disuntik


























Walaupun tempoh kematangan beg media mengambil masa 30hari,

(mengikut benih yang digunakan)
pada minggu ke-3 belum sempat toreh sudah kelihatan cendawan sisir menembusi Plastic beg 
dibahagian tepi 

6.TUAIAN

****bersambung****






-----------------------------------------------------------------------------------------

Teruskan mengikuti kami di
FB dan INSTA : Bechois

'Sedia Bantu Sedaya Mampu'

Monday, 27 February 2017

Sunday, 26 February 2017

Set Penutup Cendawan




Penghantaran Seluruh Malaysia
'Door to Door'
Tiba di lokasi projek kurang 48 jam (hari kerja) selepas pembayaran dibuat
Harga berpatutan



Maklumat Lanjut dan Tempahan 
012 562 9863

Tuesday, 7 February 2017

Set Penutup Cendawan




Penghantaran 50 000 set (3 in 1) ke Klang Selangor

3 in 1 terdiri dari item
NECK
HOLE 1 CAP
REST CAP/STOPPER


Maklumat lanjut dan Tempahan
WHATSAPP
012 562 9863


"Sedia Bantu Sedaya Mampu"
FB Page : www.facebook.com/bechois

Monday, 6 February 2017

Bongkah / Beg Media Cendawan Bechois







Penghantaran kali ini ke Chenderiang Tapah

Pengusaha ini tekad untuk terus menceburi sepenuhnya dalam bidang pertanian setelah pulang berhijrah beberapa tahun dari kota

Semoga Berjaya Tuan


#BMCB
#BegMediaCendawanBechois

Maklumat Lanjut dan Tempahan
WHATSAPP
012 562 9863