Tuesday, 31 December 2013

WELCOME 2014



Azam sukar dipisahkan dengan MATLAMAT, setiap orang punyai matlamat target apa yang mereka mahu capai dalam tempoh tertentu?


Sudahkah kita 'set up' matlamat kita? apa jua matlamat kita perlulah

-JELAS dan TERPERINCI -detail-
-DISERAHKAN 100% pada yang MAHA ESA -doa adalah senjata-
-DITULIS -dipapar/dilihat-

JANGAN TAKUT untuk cipta matlamat yang BESAR,tekad dan terus berusaha, InsyaAllah yakin dan percaya 'DIA' pasti memberi jalannya.


CIPTALAH matlamat sebesar lembu sekali pun, walau kita tiada upaya makan keseluruhan anggotanya dalam suatu masa, akan tetapi kita mampu makan satu persatu, sedikit demi sedikit bahagian anggotanya selari denagn matlamat asal kita.https://www.facebook.com/CendawanGorengBechois

Friday, 27 December 2013

'Positif Aura' FULLY CHARGED! today :-)

'Positif Aura' FULLY CHARGED! today :-)

Alhamdulillah Syukur Ya Allah di hari penuh barakoh diberi masa ruang peluang untuk bersama menyedut ilmu dan aura positif dari seorang sahabat yang kini telah bergelar 'Young Millionares'

Tipu kalau cakap tak kenal Tn Hj Abdul Basit beliau orangnya ;-)
Hj? ya haji, seusia muda sudah berkahwin, 7 syarikat telah dimiliki, income? bertingket-tingket der, sale ratusan ribu wahhhh sebulan!

Antara "Barang-barang/perkakas/haiwan.." yang saya dapat dari perkongsian beliau adalah :

| BOLA | GAJAH & PETI AIS | PAIP & EMPANGAN | TEORI EGO | CAWAN |

1.BOLA

} Berkait rapat dengan 'Kuasa Bertindak' bagaimana kita lihat lantunan bola tersebut begitulah juga result dari tindakan kita,
Makin kuat kita lantunkan, makin tinggi lantunan bola tersebut, Makin segera kita bertindak semakin cepat keputusan  kita dapat, Makin besar kuasa tindakan kita maka makin banyaklah hasil yang kita peroleh.

2.GAJAH & PETI AIS

} Mempunyai kaitan dengan 'Strategi' bagaimana kita nak masukkan seekor gajah ke dalam peti ais? (wakenabeb soalan ni) haha pandai-pandailah atur strategi ;-)


3.PAIP & EMPANGAN



}Nak bisnes ELAKKAN dari terus bina empangan & make sure mulakan dengan pemasangan paip atau saliran. bukan apa, terus start up kilang dengan empangan takut-takut air dalam empangan berkelodak empangan bocor air melimpah, jadi pastikan empangan yang akan dibina sudah 'stanby' alirannya.

apa itu empangan? apa itu paip? empangan merujuk kepada kilang atau kedai yang dibina manakala 'paip' pula adalah chanel, saluran iaitu marketing target.Baru la SELAMAT betul betul?

4.TEORI EGO

}Semakin TINGGI ego semakin RENDAH ilmu/pengetahuan
Semakin RENDAH ego semakin TINGGILAH ilmu/pengetahuan

5.CAWAN

}Tips hadir menuntut ilmu hadirlah seolah sebuah gelas/cawan/mug yang kosong bila mana diisi air ia akan tetap terus menerima, berbanding gelas yang sudah penuh dengan air, apabila diisi  lagi pastinya air tersebut akan melimpah. Walau sehebat mana anda walau sepandai mana anda, untuk menuntut ilmu, anggaplah diri anda ZERO ia akan memudahkan proses pembelajaran anda.


Terima Kasih Tuan diatas perkongsian Ilmu bermanfaat ini, semoga Allah membuka seluas luasnya lagi pintu rezeki Tuan dan memakbulkan segala impian Tuan seterusnya akan lebih terus kaya dan berjaya InsyaAllah Ameen Jazakallah  Khairan Khatira :-)

Gambar : Saya, Tn Hj Abdul Basit, Khairul Faeiz (selaku penaja utama)

::mr.mushroom::



Friday, 20 December 2013

Lagi KES CURI dikesan


Semalam, berjaya lagi MENCURI masa untuk melawat farm seorang anak muda seusia 20tahun yang telah memiliki sendiri projek mega. Walau hanya dalam tempoh kurang 3 bulan, beliau telah berjaya memenuhkan sebuah rumah cendawan yang luasnya berukuran '20 x 40' dengan beg media cendawan. Tindakan pantas pemuda berkenaan menarik minat saya untuk datang melawat ke ladangnya setrusnya membongkar segala 1001 tanda tanya.

Perjalanan kesana bermula sesudah selesai solat jumaat dan dalam tempoh hampir dua jam kami tiba. sesi melawat dan rondaan di kawasan ladang bermula. berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa kejadian di ladang tersebut.

Rumah cendawan dari posisi atas


Bilik pemeraman dalam pembikinan

Beg media dalam rumah cendawan


Baju putih 'owner'



Packing stok untuk dibawa balik ke Sg.Siput


Syabas anak muda! semoga anda terus maju dan berjaya InsyaAllah
::Mr.Mushroom::

Thursday, 19 December 2013

SALAH FAHAM pada Si KAYA (bukan sri kaya)

Daripada perhatian saya, ramai diantara kita yang beranggapan negatif terhadap ORANG KAYA, ramai yang salah faham terhadap mereka dan apa yang saya perhati pada mereka pula adalah berlaku sebaliknya


1. Orang kaya kejar harta, kejar duniawi semata-mata, lupa akhirat???
emmm ye ke? saya rasa orang kaya la lebih dekat diri dengan Allah SWT sebab ape?

  • Pertama, mereka tidak kejar harta semata-mata kerna percaya rezeki itu datangnya dari Allah hasil dari usaha mereka, ramai yang saya lihat mereka lebih positif, konsisten dalam soal ibadah mereka. Bila percaya rezeki itu dari ilahi agak-agak mereka berani tak untuk tinggal segala suruhannya dan berani tak mereka untuk langgar segala larangannya, Berani? silap-silap habis semua kekayaan mereka ditarik semula, atau berbagai bagai dugaan cabaran mereka harus berhadapan.
  • Pernah saya bersembang dengan seorang ustaz di kampung saya, katanya mereka yang berusaha sendiri, mereka yang kaya akan lebih dekat dengan yang maha kuasa, mereka selalu berdoa submit hajat mereka minta pertolongan dan sebagainya, terutama mereka yang berniaga 'benda hidup' menternak dann bertani andai kata mereka jauh dari ilahi hanya kejarkan duniawi semata-mata, ustaz cakap automatik segala usaha mereka 'tidak menjadi' malah sia-sia.
  • Orang yang kaya bukan hanya kaya harta semata-mata, mereka kaya dengan ilmu kaya denga amal untuk terus berjaya untuk terus membantu golongan yang susah, mereka punyai saham akhirat dengan bantuan dan derma. Jika diperhati semula golongan kaya inilah yang banyak memberi sumbangan derma untuk mendirikan masjid, sekolah agama dan program-program ilmiah kemasyarakatan.
  • Memang tidak dinafikan, ada juga diantara mereka lalai lupa agama tapi saya fikir hanya jumlah yang kecil, eh mereka lupa agama tapi boleh berjaya? boleh kaya juga? :-) ini adalah 'istidraj' namanya iaitu nikmat yang Allah beri bagi melalalikan lagi mereka, biarlah mereka, kita ambil golongan kaya sebaliknya untuk jadikan contoh tauladan, dan pesan saya jangan terpengaruh dengan drama tv di Malaysia, watak jahat selalu orang kaya, anak orang kaya tapi hakikat sebaliknya.

2.Orang kaya tiada masa untuk bersama keluarga???
ramai yang menganggap orang kaya ini terlalu sibuk, tiada masa bersama keluarga semua, bagi saya tidak, kerna apa??

  • Rata-rata kita lihat orang kaya berlatar belakangkan 'bisnes'. Bila sebut sahaja berniaga ramai yang beranggapan bisnesman ini sibuk kesini kesana, no no no..itu hanya drama di kaca tv, tengok anda terpengaruh lagi. Sebenarnya mereka yang berniaga lagi mempunyai 'kebebasan masa' mereka punya bisnes mereka punya sukalah pergi kerja pukul berapa balik pukul berapa, cuma untuk disisplin itu sahaja mereka tetapkan sekian sekian masa.
  • Saya bagi contoh, sepasang suami isteri yang bekerjasama, sama sama build bisnes mereka. si isteri bahagian marekting, acccounting, admin, si suami pula production rasa-rasa boleh kata 24jam mereka bersama, tiada masa lagi kah? kena pula bisnes mereka hanya dirumah, bila punyai anak bila-bila masa sahaja anak mereka dihadapan mata :-) betul? tidak punyai masakah? terabaikah keluarga mereka?
  • Mereka yang kaya juga, bila-bila masa sahaja mereka boleh rancang percutiaan mereka bersama keluarga, kemana mereka mahu pergi mereka rancang dan pergi.


Ayuh bangsaku ayuh generasi ku buka mata buka minda mari kita sama sama kaya, kaya harta kaya ilmu kaya iman kaya amal untuk tingkatkan nilai hidup diri kita keluarga kita bangsa kita yang penting untuk Agama kita. Ubah persepsi negatif untuk menjadi kaya. jangan terlalu mudah terpengaruh melalui drama, nilailah ikutlah jejak mereka yang telah kaya dan berjaya secara nyata di hadapan mata. Jika kita tidak ubah nasib kita, SIAPA??? Doakan sama-sama kita KAYA dan BERJAYA dunia dan akhirat InsyaAllah


Gambar sekadar hiasan semata-mata


::mr.mushroom::
(Saya belum kaya)
https://www.facebook.com/CendawanGorengBechois

Wednesday, 18 December 2013

Fall In Love ?? Wahhh


Alhamdulillah December sudah, dengan ini genap sudah setahun jagung dalam dunia perniagaan, walau setahun tapi macam macam jugak der dah redah :-) syukur juga diberi 'kesetiaan' untuk mushroom project ni walau di 'offer' lain-lain projek yang agak merambang mata (bukan tolak rezeki cuma ikut pesan mentor FOKUS!! pulun habis habisan! all out! buat satu persatu sampai berjaya) lebih kurang dengan perumpamaan -takut yang dikejar tak dapat yang digendong berciciran- betul?? jadi bagi saya FOKUS tu lebih kurang sama dengan SETIA.

Kembali kepada pangkal jalan title atas "Fall In Love" jatuh cinta dengan sape? cantik sangat ke? siapakah gerangan itu??

"Fall In Love" ni bukan dengan Bedah, Minah mahupun Piah tetapi pada kilang lama ni haaaa





MEMPUNYAI SEBUAH KILANG SENDIRI adalah antara impian saya, jadi sudah 5-6 lalu lalang depan kilang ni lama kelamaan jatuh la hati saya, dan ni masuk kali ke-7 tak boleh jadi!! berhenti kereta terus snap gambar kilang ni, sekarang dah angau hahah (macam orang bercinta kan??) betul? malam-malam tengok mula la start berangan itu ini adoiiiii...INSYAALLAH Suatu hari nanti Bechois Agrotrade akan beroperasi disini, doa-doakan ye :-) ameenn



Wednesday, 11 December 2013

Bahan penyediaan beg cendawan

Sempat mencuri masa membantu jemaah projek cendawan lain di kawasan sekitar mendapatkan raw material bagi proses penyediaan beg media cendawan Alhamdulillah, semoga dipermudahkan, berjalan lancar dan berjaya InsyaAllah
detail item disediakan:
-Dedak padi 1guni 70kg
-Kapur pertanian 1guni 25kg
-Set penutup 1000 set
-Cube sponge 1 bundle
-Habuk kayu 4tan
-Plastik 30kg

gambar : Si Kancil berjiwa HILUX haha 

::mr.mushroom::
Bechois Agrotrade
https://www.facebook.com/CendawanGorengBechois